Pemuda UMNO sedia rampas 6 kerusi Bersatu jika berlaku PRK

Oleh: Jainudin Djimin

Advertisements

LABUAN: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sedia untuk merampas 6 kerusi kawasan parlimen yang ketika ini disandang oleh Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK).
Ketuanya, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, jentera pergerakan Pemuda UMNO akan berusaha bersungguh untuk merampas kembali ke enam enam kerusi itu.
“Ini kerana enam kerusi Parlimen itu yang membabitkan Kuala Kangsar, Guna Musang, Jeli, Bukit Gantang, Tanjung Karang dan Labuan sebelum ini adalah kerusi tradisi parti UMNO.
“Dan sudah tentu Pergerakan Pemuda UMNO akan mempertahankan bahawa kerusi ini tidak boleh ditukar ganti dan UMNO bersama Barisan Nasional mesti bertanding di enam kerusi ini jika ada PRK” katanya pada sidang media selepas beliau merasmikan Mesyuarat Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian UMNO Labuan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Pemuda UMNO telahpun membuat ketetapan tegar untuk diangkat ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MKT) sebagai tanda sokongan terhadap suara ahli ahli UMNO di peringkat akar umbi yang mahukan kerusi itu dari calon parti UMNO.
Bagaimanapun ini semua bergantung kepada keputusan yang akan di putuskan oleh pihak Mahkamah dan juga oleh Dewan Sepekar samaada perlunya pengosongan kerusi Parlimen tersebut.
“Tetapi kalau mengikut undang undang pilihan raya perlu diadakan maka kita akan akur dan seperti yang saya katakan tadi…enam kerusi itu adalah kerusi tradisi UMNO termasuk kerusi Parlimen Labuan yang tidak boleh ditukar ganti.
Hadir sama pada mesyuarat tiga sayap parti keramat orang Melayu itu (Wanita Pemuda dan Puteri) ialah Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Timbalannya, Datuk Bashir Alias serta Naib, Datuk Khalid Ab.Ghani.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles