Pelbagai usaha fitnah dan provokasi dimainkan pihak lawan kerana cemburu dan takut kekuatan UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Cemburu dan takut dengan kekuatan serta kesatuan ahli-ahli UMNO khususnya di Sabah mendorong pihak lawan melontarkan pelbagai fitnah provokasi dan tomahan terhadap parti Umno

Advertisements

Demikian penjelasan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika berucap di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sepanggar di Karambunai Resot pada Sabtu yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Sri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri oleh Ketua Umno bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan dan Wakil Umno Sabah Datuk Asnol Datuk Ayub.

Bung yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata demikian bagi menangkis dakwaan beberapa pihak yang kononya Umno Sabah berpecah ekoran ketidak hadiranya di mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tuaran yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Nor selain beliau akan digugurkan sebagai Ketua Umno Sabah yang diviralkan oleh pihak musuh di pelbagai flatfrom media sosial

Menurut beliau perkara ini bukan perkara baru dimainkan oleh pihak lawan bagi mengakang kemaraan Umno khususnya dalam usaha parti tersebut memperkukuhkan kekuatan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya negeri (PRN) akan datang.

“Ketidakhadiran saya tidak memberikan gambaran yang Umno Sabah mula berpecah, secara kebetulan majlis tersebut bertembung dengan tugasan lain yang sudah dijadulkan lebih awal menyebabkan saya tidak dapat hadir dan petang ini saya bersama Presiden parti hadir di perasmian mesyuarat perwakilam Umno bahagian Sepanggar dan seterusnya malam ini di bahagian Papar dan esoknya di bahagian Kimanis” katanya.

Sehubungan itu, Bung mengingatkan ahli-ahli parti agar tidak mudah terpedaya dan percaya dengan pelbagai dakwaan yang digambar gamburkan oleh tentera siber parti lawan bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli Umno di negeri ini.

Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan mengakui memontum kekuatan Umno Sabah ketika ini berada dilandasan yang kukuh untuk meneruskan perjuangan mengambilaih kerajaan selepas PRN akan datang.

Katanya berbanding selepas BN/Umno selepas menghadapi kekalahan selepas PRU 14 2018 Umno Sabah yang ingin ditalkinkan ditambah lagi beberapa orang pemimpin Umno yang tidak setia dan berprinsip meninggal parti tersebut kerana lebih mementingkan kepentingan peribadi, Umno Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada pemimpin dan ahli umno untuk memakai baju Umno pun merasa segan.

Menurut Bung dalam cabaran dan kepayahan yang dilalui selepas beliau dilantik sebagai Ketua Umno Sabah beliau bersama Datuk Yakub Khan serta rakan-rakan yang lain terpaksa turun ke bahagian-bahagain di seluruh Sabah untuk memuihkan semangat ahli-ahli Umno.

“ Kita berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno walaupun yang hadir hanya sekitar 30 orang namun semangat kami tidak luntur untuk terus berusaha memulihkan semula kekuatan Umno dan hari ini kita melihat kebangkitan ahli-ahli Umno di Sabah untuk meneruskan perjuangan begitu kukuh ” katanya.

Bung menambah jika sebelum ini perwakilan yang hadir ke mesyuarat bahagian hanya dalam bilangan ratus namun kini jumlah kehadiran menecacah angka ribu mengambarkan semangat dan keyakinan ahli-ahli terhadap perjuangan Umno berada dilandasan yang kukuh.

Sehubungan dengan itu Bung mengajak ahli-ahli Umno agar tahap perpaduan ini terus dipelihara dan diperkukuhkan dan tidak goyah dengan percubaan pihak tertentu yang ingin memecahkan kesatuan dan kekuatan Umno di Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles