Jeffrey Nor terkilan cara Menteri JKR Sabah respon isu demonstrasi masalah air di UMS

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffrey Nor menzahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan jawapan Menteri Kerja Raya Sabah berhubng isu air yang menyaksikan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai demonstrasi di hadapan bangunan pejabat Ketua Menteri pada Jumaat.

Advertisements

Menurutnya alasan menteri yang dikemukakan berkenaan masalah air di UMS langsung tidak masuk akal.

“Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri (pada 31.5.2023) meluluskan peruntukan RM3 juta untuk atasi masalah air di UMS.

“Pada 10.1.2024, Datuk Ir Shahelmey Yahya (Menteri) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa loji rawatan air telibong 2 telah siap bulan disember 2023 dan kerja akhir pemasangan paip dijangka siap hujung bulan januari 2024. Beliau juga menyatakan bahawa cabaran lain adalah isu curi air dan vandalisma terhadap rangkaian dan sistem paip.

“Maka selaku menteri JKR kerajaan GRS, beliau sepatutnya menjelaskan kepada para demonstrasi mengapa 1) kerja main pipeline masih belum siap sepenuhnya sedangkan beliau sendiri jangka ianya siap pada hujung bulan Januari, dan 2) mengapa isu vandalisma dan isu curi air ini masih tidak selesai dan apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jeffrey berkata kenyataan demi kenyataan telah dikeluarkan Menteri JKR yang menyatakan sumner air bersih di negeri Sabah sudah d selesaikan tapi keadaannya masih juga tidak baik.

“Ini sedikit sebanyak menimbulkan kurang yakin d kalangan pelajar-pelajar UMS dan juga rakyat Sabah.

“Saya tidak faham mengapa daripada melakukan apa yang dinyatakan di atas, Menteri pula memutuskan untuk gelar para demonstrasi ini sebagai golongan yang mahu perhatian media dan juga lebih menjurus kepada demonstrasi politik?

“Adakah beliau tidak menghormati golongan pelajar ini? Adakah golongan pelajar ini tidak berhak untuk diberi penghormatan atau perhatian terhadap masalah yang dihadapi mereka? Apakah menteri ingat mereka ini saja saja mahu berdemonstrasi kerana tiada kerja lain yang lebih penting perlu dibuat? katanya.

Jeffrey yang juga Ketua UMNO Putatan menegaskan bahawa parti itu tiada penglibatan langsung dengan demotrasi pelajar-pelajar UMS.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada menteri supaya tidak beremosi dan menunjukkan bahawa orang Putatan pandai berkomunikasi dengan baik dan boleh berunding dengan baik.

“Banyakkan bersabar dalam apa jua urusan yang bertekanan tinggi.

“Buatlah kerja dengan ikhlas dan selesaikan masalah yang dihadapi para pelajar UMS dan rakyat Sabah mengenai masalah infrastruktur asas yg semangkin meruncing ini,” katanya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles