KOTA KINABALU: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dato’ Sri Dr.Sabin Samitah merasmikan Raffesia Chicken Hut (RCH) Express outlet di Kompleks Karamuning, Kota Kinabalu pada Sabtu.
Sabin berkata, DBKK menggalakkan pembukaan outlet seumpama itu yang digemari bukan sahaja oleh pekerja-pekerja di Kompleks Karamunsing, tetapi ia juga adalah cara hidup orang ramai pada masa sekarang.
“Mereka datang sekejap, membeli dan pergi. Jadi kita amat menggalakkan pembukaan restaurant express seperti ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Md Afendi Hamdan dan juga pemilik Kompleks Karamunsing yang menjadikan kompleks ini begitu ceria sekali.
“DBKK memangnya akan membantu bukan sahaja tuan punya bangunan, tetapi juga tuan punya perniagaan untuk memastikan Kota Kinabalu mempunyai banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh warga kota dan juga pelancong, katanya.
RCH Express merupakan restaurant ke 2 yang dibuka oleh Raffesia Corporate Holding Sdn.Bhd di bandaraya Kota Kinabalu. Restaurant pertamanya di Damai, Luyang.
Pengarah Urusan Raffesia Corporate Holding, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, RCH telah bertapak di Sabah kira-kira 26 tahun dan pernah membuka restaurantnya di Kompleks Karamunsing.
Katanya, dengan galakkan daripada Mayor KK, pihaknya berharap dapat membuka lebih banyak outlet RCH di Kota Kinabalu.
Turut hadir ialah Tan Sri Paul Lim, pemilik Pusat Beli Belah Karamunsing, Datuk James Hwong, Pakar tulang kaedah perubatan terapi Cina Tit Tar, Dato’ Sri Chris Leong, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah, Encik Azrul Hisham Shamsudin dan Pengerusi TBMC Development Sdn.Bhd, Datuk Aloysius Tan Shu Hing.