SANDAKAN: Orang ramai disaran tampil menderma darah bagi membantu masyarakat yang memerlukan.
Naib Presiden SAPP Sabah dan Naib Pengerusi GRS Zon Sandakan yang juga Ketua Maysarakat Cina, Tanjong Papat, Kapitan Thomas Lau, berkata, ini penting dalam memastikan pesakit yang memerlukan dapat menerima rawatan yang diperlukan.
“Jangan takut untuk menderma darah kerana bagi mereka yang layak, sudah pasti bekalan darah yang diderma dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
“Ini juga sedikit sebanyak akan dapat menambah bekalan darah yang diperlukan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Media sejurus merasmikan Kempen Derma Darah anjuran SAPP Tanjong Papat bersama Pertubuhan Shun Tak Sabah (Sabah Shun Tak Association) di Centre Court, Sejati Walk, disini, pada Ahad.
Sebanyak 86 pin darah berjaya dikumpul pada program itu yang bertujuan membantu menambah bekalan Tabung Darah Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.
“Ini juga antara program dan usaha kita dalam membantu mereka yang memerlukan di Sandakan dan kawasan sekitar dimana seperti kita ketahui bekalan darah ini sentiasa diperlukan setiap masa,” jelasnya.
‘Kita juga berharap dapat membantu semua pihak yang memerlukan menerusi aktiviti komuniti ini,” tambahnya.
Tambahnya, kempen derma darah itu turut diisi dengan beberapa acara seperti pertandingan melukis kanak-kanak yang bertujuan mengembangkan bakat mereka selain persembahan muzik tradisi dan moden serta jualan produk tempatan.
Thomas merakam penghargaan kepada semua pihak termasuk kakitangan Jabatan Perubatan Transfusi HDOK, Pertubuhan Shun Tak Sabah dan semua yang terlibat menjayakan kempen derma darah itu.