29 usahawan PMKS Sabah terima pembiayaan RM19 juta daripada SME Bank, setakat M1ac 2024: Ewon

KOTA KINABALU: SME Bank, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan 26 permohonan melibatkan pembiayaan RM19 juta kepada usahawan perusahaan, mikro kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah, setakat Mac tahun ini.

Advertisements

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pada tahun lepas SME Bank telah meluluskan pembiayaan kepada 118 usahawan PMKS di Sabah melibatkan pembiayaan sebanyak RM162 juta.

“Saya percaya sebahagian daripada kejayaan SME Bank melahirkan ramai usahawan PMKS di Sabah, hasil daripada program-program Jom Xcess yang diadakan pada tahun lepas.

“Program Jom Xcess peringkat Wilayah Sabah ini bertujuan menghebahkan program-program pembiayaan dan program latihan keusahawanan yang disediakan SME Bank dan anak syarikat iaitu CEDAR.

“Selain itu ia juga bertujuan membantu mengukuhkan ekosistem ekonomi Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom Xcess SME Bank Pusat Wilayah Sabah, di Pasific Sutera Hotel, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh, Pengerusi SME Bank Dato’Muslim Hussain, Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Wira Aria Putera Ismail.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM420,000 daripada SME Bank untuk pembangunan 30 usahawan asnaf di Sabah.

Ewon berkata, secara keseluruhannya SME Bank membantu seramai 449 usahawan asnaf di seluruh negara dan daripada jumlah itu seramai 42 orang di Sabah.

“Ini menunjukkan SME Bank bukan hanya membangunkan usahawan kecil dan sederhana tetapi juga membangunkan usahawan asnaf B40 supaya mereka ini daripada penerima zakat kepada penyumbang zakat apabila dibangunkan melalui program I-Tekad oleh SME Bank,” katanya.

Turut disampaikan pada majlis itu, penghargaan kepada pelanggan SME Bank. Penerima itu ialah Rosmie Snack Industri Sdn.Bhd.

Rosmie adalah peserta Program Eksport Perniagaan(BEP) berjaya menembusi pasaran Jepun dan Brunei pada 2023. Beliau mendapat peningkatan jualan sebanyak 23 peratus bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles