Oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah Jeffrey Nor
KOTA KINABALU: Bekas Adun Petagas Datuk James Ligunjang mendakwa bahawa kemasukan UMNO adalah sebab mengapa banyak perkara terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dilucutkan atau dilupakan. Pemikiran cetek dan selektif ini dari golongan yang gelar diri mereka pemimpin adalah sebenarnya punca mengapa Sabah masih jauh ketinggalan.
Bagi menjawab dakwaannya, ini adalah respons saya;
- James Ligunjang mendakwa UMNO pengkhianat Perjanjian Malaysia 1963 dan merampas kuasa. Tapi cuba lihat kenyataan beliau, adakah kamu lihat James Ligunjang menyebut parti BN?
Sebab sebenar mengapa James Ligunjang tidak sebut BN adalah kerana BN sebenarnya yang telah dikhianati sejurus selepas PRN Sabah, khususnya bulan Oktober tahun 1990 meskipun waktu PRN, kerajaan pada waktu itu bertanding atas platform BN.
Hasil daripada khianatan tersebut, maka USNO dan Berjaya telah bergabung dan memperlawa UMNO untuk datang ke Sabah. Hasilnya pada tahun 1994, UMNO telah terlibat dalam PRN Sabah tahun 1994. Boleh dilihat disini bahawa UMNO sebenarnya datang ke Sabah bukannya untuk menganggu, tetapi kerana itu adalah kehendak rakyat Sabah sendiri.
Bagi menjawab isu 40% kutipan, dalam perlembagaan persekutuan, tertera di Perkara 112D bahawa rujukkan untuk geran khas (royalti minyak) harus dibuat setiap 5 tahun. Ketua menteri waktu itu, Joseph Pairin Kitingan dari parti PBS, telah memegang jawatan dari 22 april 1985 sehingga 17 mac 1994. Beliau telah menjadi YB selama 4 penggal dn 9 tahun menjadi ketua menteri Sabah , Kenapa kamu tidak soal apa terjadi dengan rujukkan royalti minyak tersebut?
Sekiranya UMNO yang gagal, saya ingatkan kepada James bahawa sebelum UMNO BN memerintah, ada sahaja parti lokal yang memerintah. Kenapa mereka gagal tetapi kamu tidak pertikaikan?
James juga dakwa bahawa UMNO telah khianat perjanjian Malaysia 1963. Tapi beliau langsung tidak menyatakan apa sebenarnya yang telah dikhianati. Adakah beliau bermaksud dari segi imigrasi? Bahasa? Perkhidmatan awam negeri Sabah? Agama? Hak istimewa bumiputera Sabah? Pendidikan? Perwakilan dalam parlimen Malaysia? Kewangan negeri?.
Setiap kali mereka sebut MA63, mesti dikaitkan dengan royalti minyak sahaja tetapi langsung tidak boleh nyatakan secara khusus apa yang dimaksudkan.
Hakikatnya mereka sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuatkan untuk pertahankan hak rakyat Sabah. MA63 dan royalti minyak hanya digunakan sebagai political point untuk raih undi.
Tidak dinafikan bahawa ada dalam golongan UMNO/BN dulu yang juga gagal perjuangkan perkara ini. Tetapi mereka semua kini sudah berhijrah ke GRS. Itu membuktikan bahawa mereka sebenarnya tidak pernah serius untuk perjuangkan hak rakyat Sabah.
Di samping itu juga, mereka hanya gunakan isu ini untuk menutup perbualan kegagalan mereka untuk mentadbir negeri Sabah. Dengan masalah infrastruktur yang nazak, mereka terpaksa gunakan isu ini untuk raih sokongan dan kekal relevan dalam lanskap politik Sabah.
UMNO Sabah bertekad bahawa dengan lapisan pemimpin baru, bahawa kita akan betul betul berjuang, bukan sahaja untuk hak kita selaras dengan MA63, tetapi juga untuk tingkatkan peruntukkan untuk pembangunan Negeri Sabah.
Akhir kata, Hak james ligunjang untuk bersuara memang termaktub dalam perlembagaan. Namun bila bersuara, tunjukkanlah sifat kebijaksanaan. Jangan keluarkan kenyataan yang “half baked” dan pastikan perkara sebenar sebelum bersuara