KM, kabinet negeri wajar letak jawatan susulan kontroversi pelantikan peguam negeri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Ketua Menteri dan seluruh kabinet Sabah perlu mengambil tanggungjawab secara kolektif dengan meletak jawatan jika isu berhubung pelantikan peguam mewakili kerajaan negeri tidak diperjelaskan serta diselesaikan dalam masa terdekat.

Advertisements

Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Moktar Radin berkata langkah itu penting bagi memastikan mandat memilih Kerajaan baru dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

“Keyakinan dan kepercayaan rakyat harus dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata UMNO Sabah turut menyarankan agar Peguam Besar Negeri Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri meletakkan jawatan secara terhormat susulan kemelut itu.

Beliau berkata penjelasan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Aisah Mohd Yusof berhubung pelantikan peguam Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad sebagai wakil kerajaan negeri amat mengelirukan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Menurutnya pelantikan dan tindakan melantik peguam Tengku Datuk Fuad sebagai wakil kerajaan telah mencabuli dan membelakangi aspirasi rakyat Sabah apabila menyerang Sabah Law Society (SLS) “sebagai badan penyibuk dan tiada hak mewakili Sabah” tidak dapat diterima dan mengecewakan.

“Oleh itu, bukan sahaja Peguam Besar Negeri Sabah, malah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga seharusnya mengambil tanggungjawab da meletakkan jawatan secara terhormat.

“Mana mungkin Peguam Besar Negeri Sabah akan melakukan tindakan sebesar ini sendiri tanpa mendapat restu atau arahan pihak atasan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah kerana Peguam Besar Negeri Sabah adalah pendirian rasmi Kerajaan Sabah,” katanya.

Bung Moktar berkata kenyataan peguam yang dilantik itu bahawa 40% bukanlah hak mutlak Sabah dan hanyalah satu aspirasi sahaja, boleh dianggap sebagai pendirian rasmi kerajaan GRS .

Beliau berkata ini jelas menderhaka hak rakyat oleh Kerajaan GRS yang telah hilang segala kedudukan moral untuk terus mentadbir.

“Ternyata kempen Kerajaan GRS bahawa ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ dan ‘Sabah First’ hanyalah gula-gula politik semata-mata untuk memperbodoh-bodohkan rakyat Sabah keseluruhannya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles