Anwar cipta sejarah naikkan 12 kali ganda pemberian khas kepada Sabah kepada RM1.5 bilion

PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah tersendiri apabila mengumumkan kenaikan 12 kali ganda amaun pemberian khas baharu kepada Sabah dari RM125.6 juta tahun 2022 kepada RM1.5 bilion berkuatkuasa tahun ini, satu rekod yang “belum pernah” dibuat oleh mana-mana pemimpin nombor satu negara sebelum ini.

Mengikut rekod, sebaik menjadi Perdana Menteri hampir empat tahun yang lepas, Anwar pada mulanya menaikkan amaun pemberian khas itu kepada RM300 juta dan kemudiannya RM600 juta sebelum menaikkan ke RM1. 5 bilion.

Tahun lepas,  ketika mengumumkan Belanjawan Malaysia 2026, Anwar juga telah memberikan peruntukan tertinggi kepada Sabah iaitu sebanyak RM 6.9 bilion.

Perdana Menteri mengumumkan berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh jutaan rakyat Sabah ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini

Anwar berkata geran khas interim untuk Sabah itu dinaikkan kepada RM1.5 bilion tahun ini, berbanding RM600 juta sebelum ini.

Menurutnya kenaikan itu merupakan langkah sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Awar berkata jumlah berkenaan hanya bersifat interim kerana perbincangan mengenai jumlah sebenar pemberian berdasarkan tuntutan 40 peratus hasil negeri masih perlu dimuktamadkan melalui rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Soal 40 peratus (hasil Sabah) walaupun dikatakan keadaan kewangan 112D (mekanisma semakan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan), bagi saya tutup. Jangan orang pertikai keputusan kita untuk melaksanakan janji ini.

“Sama (ada) yang dibuat bulan Jun atau Disember, itu harus diputuskan dua-dua jawatankuasa dan kemudian dibawa kepada kerajaan negeri di peringkat tertinggi dan perundingan antara Persekutuan dan negeri,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles