Ewon salur RM50,000 kepada PGCC

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM50,000 kepada Penampang Countryside Golfers Club (PGCC).

Advertisements

Beliau yang juga Penaung PGCC berkata, sumbangan itu bagi membantu membiayaai program pembangunan sukan golf termasuk penganjuran klinik golf kepada masyarakat Penampang.

“Atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Penampang, saya menyalurkan peruntukan khas saya sebanyak RM50,000 kepada kelab ini.

“Pada tahun lalu saya juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000 daripada peruntukan khas saya kepada PGCC.

“Saya juga menyokong wawasan kelab ini untuk memiliki kawasan padang sendiri dan akan membantu seupaya yang boleh untuk membantu wawasan ini,” katanya.

Sumbangan itu disampaikan pada majlis ringkas di Sabah Golf & Country Club, di sini, hari ini.

Ahli-ahli PGCC turut mengadakan pertandingan santai sempena mesyuarat agung kelab pada hari ini.

Turut hadir Presiden PCGC Datuk Philip Lasimbang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles