Warisan sudah diberi peluang memerintah Sabah dua tahun namun gagal

Kenyataan Media Senator Anna Bell Perian, Ketua Penerangan Wanita GRS

Advertisements

KOTA KINABALU: Warisan telah diberi peluang memerintah dan majukan negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Banyak projek-projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan semasa pentadbiran mereka.

Kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, menunjukkan bahawa parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan ini. Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana sudah tentu Warisan mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka.

Pilihanraya yang semakin dekat ini memberikan mereka tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain. Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan negeri Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah.

Di bawah kepimpinan YAB DSP Hajiji selaku Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles