Berhemah berbelanja, kekalkan perpaduan sambut Aidilfitri – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menasihatkan umat Islam di negeri ini, agar menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah.

Advertisements

Katanya tidak dinafikan, rakyat di negara ini berhadapan dengan cabaran ekonomi dengan pengingkatan kos sara hidup yang menuntutu umat Islam lebih berhemah dan bersedarhana dalam membuat persediaan menyambut hari raya aidilfitri tahun ini.

Selain itu, katanya rakyat di negeri ini juga akan berhadapan dengan cabaran lain bagi mereka yang tinggal di bandar dan akan balik ke kampung halaman masing-masing akan berhadapan dengan cabaran insfrastruktur jalan dan terpaksa melalui jalanraya yang berlubang-lubang menyebabkan perjalanan menjadi tidak selesa, gangguan bekalan air bersih dan gangguan bekalan elektrik yang sedikit merancatkan sambutan hariraya aidilfitri tahun ini.

“Umat Islam perlu bersabar menerima keadaan ini, bagaimanapun dalam masa yang sama mereka perlu berfikir dengan lebih positif melihat ke hadapan untuk melakukan perubahan terutamanya dalam menentukan kerajaan pada masa akan datang kerajaan yang mampu melakukan perubahan yang lebih baik dari sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata demikian dalam perutusannya sempana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut antara hari Rabu atau Khamis ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan, yang dikeluarkan memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, walaupun sambuatan hariraya aidilfitri pada tahun ini umat Islam akan berhadapan dengan pelabagai cabaran ,namun umat Islam perlu bersyukur kerana masih dapat menyambutnya dalam susana yang aman dan harmoni, berbeza dengan keadaan umat Islam di lain-lain negara terpaksa menyambutnya dalam keadaan tidak aman, terlibat dalam kencah peperangan dan kekurangan segalanya makanan, perubatan dan sebagainya sebagaimana yang menimpa rakyat di bum Palestina ketika ini .

“Walau dengan pelbagai cabaran kita hadapai,kita masih bersyukur diuji dengan pelbagai cabaran, semoga sambutan hariraya aidilfitri tahun ini dapat disambut dalam susana penuh harmoni serta semangat perpaduan yang utuh dan menghindari sebarang perkara yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara’ katanya.

Menurut Bung, sesuai dengan rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama kedatangan Hari Raya Aidilfitri wajar disambut dengan penuh kegembiraan , budaya meraikan hari kebesaran agama dan amalan kunjungi mengunjungi boleh menjadi jambatan perpaduan yang utuh untuk rakyat di negara ini.

“ Sempana bulan baik hari baik ini saya mengajak rakyat khususnya di Sabah agar menolak pelbagai provokasi pihak tertentu terutamanya yang mengaitkan Umno dengan budaya ekstrim dan sebagainya.Kenyataan yang tidak boleh diterima akal setelah Umno bertapak di Sabah selama 33 tahun, dipimpin oleh anak Sabah malah ada sebahagaian bahagian dipimpin oleh Masyarakat KDM” tegas Bung.

Sehubungan dengan itu Bung mengajak Umat Islam melaksanakan kebaikan sempana sambutan Aidilfitri ini dalam suasana sewajarnya agar ia tidak mendatangkan kesukaran kepada diri sendiri.

“Apa yang lebih penting kita dapat meraikan Aidilfitri dalam suasana harmoni, kunjung-mengunjung bermaaf-maafan ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam malah kaum kaum lain untuk berkongsi perayaan.”katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Bung bersama keluarga berharap sambutan Aidilfitri tahun ini kekal ceria dan harmoni meskipun dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi dan kemudahan asas jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik yang kritikal yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Related Articles

253FansLike

Latest Articles