UMNO/BN tidak mensabotaj SMJ cuma suarakan rintihan rakyat – Jeffrey Nor

PUTATAN: pUmno Sabah tidak berniat untuk mensabotaj Gagasan “Sabah Maju Jaya” (SMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) satu gagasan yang jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa kebaikan yang amat bermakna untuk kemajuan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Sabah.

Advertisements

Pengarah Jentera Pilihanraya UMNO Sabah Jeffery Nor Mohamed berkata, tidak timbul isu bagi Umno Sabah mensabotaj apa lagi takut dengan slogan (SMJ) ini kerana ianya tidak akan mengurangkan sokongan rakyat kepada Umno apalagi pada pandangan rakyat (SMJ) setakat ini masih belum dapat merubah taraf kehidupan mereka terutama dalam menikmati kemudahan prasarana pembangunan seperti sistem perhubungan jalanraya, bekala air bersih,elektrik dan setuasi ekonomi yang semakin terjejas.

“Kita (Umno) tidak akan bangkitkan isu ini, jika rakyat tidak bersuara dan mahu parti sampaikan kepada Kerajaan melalui platform politik dan dalam masa yang sama rakyat juga ketika ini semakin celik komputer hanya melalui telefon pintar , mereka dengan mudah menulis dan memviralkan di mana mana media sosial tentang isu-isu pembangunan yang mereka hadapi, ” katanya.

Jeffrey berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Nor semasa berucap di majlis berbuka puasa anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias, di Masjid Daerah Beaufort pada Sabtu

Dalam ucapan Hajiji menyebut pemimpin pembangkang menjadikan (SMJ) sebagai sasaran kritikan dan modal politik dan takut kepada slogan SMJ dan mencari keburukannya.

Menurut Jeffery dalam dunia tanpa sempadan, rakyat kini pentas mendapat maklumat dan mempertikaikan rasa ketidakpuasaan mereka terhadap perkara yang tidak memberikan kesan kebaikan kepada mereka.

Sehubungan itu menurut Jeffery kerajaan dan pemimpin (GRS) perlu berlapang dada menerima segara teguran serta kritikan dari rakyat serta memenuhi aspirasi rakyat selaras dengan gagasan (SMJ).

Jeffery yang juga Ketua Umno bahagian Putatan berkata, rakyat baru bercakap soal keberkesanan pelaksanaa (SMJ), belum lagi menyentuh isu pembangunan Pulau Balambangan, Isu Karpowershi, isu carbon kredit dan sekarang isu pasir sungai yang tidak diwar-warkan dalam media yang mana ianya perlu diperjelaskan kepada rakyat akan pelaksanaan,kesan dan kebaikanya untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Jeefrey juga turut menyalar kenyataan Hajiji yang menyalahkan kerajaan sebelum kerana gagal membangunkan Sabah hanya bercakap politik sedangkan menurut beliau, Hajiji sendiri adalah produk dari Kerajaan masa lampau dan menjawat jawatan penting dalam Jemaah Menteri negeri.

“Jadi kegagalan Kerajaan masa lampau jika ditujukan kepada Umno/BN merupakan satu andaian yang kurang bijak kerana beliau (Hajiji) waktu itu berada dalam kerajaan yang sama,” jelas Jeffrey.

Malah menurut beliau beberapa projek mega seperti projek Hidroelektrik Ulu Padas dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran merupakan projek yang diluluskan beberapa tahun sebelum ini iaitu semasa Kerajaan Barisan Nasional namun kelemahan memilih kontraktor yang berwibawa menyebabkan projek itu terbengkalai.

“Tugas kerajaan hari ini, pestikan projek ini disiapkan segara yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, walaupun Menteri berkenaan umumkan dalam beberapa bulan ini khususnya untuk projek (LRA) Telibong 2 siap dan beroperasi sepenuhnya sehingga kini merata kawasan khususnya di sekitar Kota Kinabalu, malah di Tuaran masih mengalami gangguan bekalan air bersih” jelas Jeffery.

Tambah Jeffery lagi, kerajaan GRS perlu komited membangunkan Sabah,melaksanakan sepenuhnya hala tuju (SMJ) yang hanya berbaki setahun lagi, jika tidak rakyat akan terus bersuara dan mempertikaikan kewibawaan kerajaan hari ini.

Dalam pada itu Jeffery turut mengingatkan rakyat tentang kemelut yang melanda Sabah ketika ini terutama dalam penyediaan prasarana kemudahan asas peningkatan taraf siso ekonomi, rakyat perlu bijak membuat pilihan pada PRN17 akan datang.

“Kita perlu ubah keadaan ini kepada yang lebih baik, Umno/BN dalam aku janji manifesto untuk menghadapi PRN17 akan datang, tidak akan menjanjikan bulan dan bintang tapi akan melaksanakan apa yang terdaya dan lebih baik dari sekarang bagi mengubah landskap pembangunan dan kemajuan Sabah dalam pelbagai aspek,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles