KOTA KINABALU : UMNO Sabah perlu bangkit dan menebus semula maruah pada pilihan raya negeri ke-17 (PRU17) akan datang, untuk mengambilalih semula kerusi yang hilang dari pemimpin UMNO sebelum ini menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS)
Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kawasan yang sebelum ini diwakili pemimpin terlibat, merupakan kawasan UMNO dimana parti dan pucuk kepimpinan telah meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk bertanding atas tiket UMNO.
Bagaimanapun, menurut Bung oleh kerana mengejar kuasa dan kedudukan mereka sanggup menggadaikan prinsip perjuangan dan kesetiaan kepada parti dan meninggalkan UMNO tanpa restu dari penyokong di kawasan masing-masing.
“Mereka bertanding atas tiket UMNO, menang kerana sokongan jentera parti, mereka gadaikan perinsip perjuangan, pada PRN 17 akan datang kita perlu bangkit mengambilalih kerusi yang mereka bawa melompat ke parti lain, ” katanya.
Bung Moktar berkata demikian ketika berucap pada majlis Iftar Umno Sabah Zon1 yang merangkumi bahagian Kota Belud,Kudat Kota Marudu dan Tuaran di Restoran R&R Kota Belud baru-baru ini.
Sehubungan itu, Bung yang juga iPengerusi BN Sabah berkata, pada PRN17 akan datang kawasan yang mereka wakili ketika ini atas nama tiket UMNO. perlu dikuasai semula oleh Umno
“Untuk menguasai semula DUN berkenaan kita perlu bekerja dalam satu pasukan .Kejayaan tidak akan dicapai tanpa dukungan rakan-rakan yang terdiri daripada sayap-sayap di bawah UMNO dan BN,justeru semangat tanpa usaha , kesungguhan ,kerja keras serta strategi yang tersusun dari jentera parti tidak akan membuahkan hasil yang kita diharap-harapkan” katanya.
Beliau berkata kemenangan UMNO di Kota Belud adalah penting memandangkan Umno Sabah lahir di Kota Belud dan kawasan ini adalah kubu kuat parti itu yang sebelum ini menguasai dua DUN iaitu Usukan dan Tempasuk.
“ Dun Usukan kita pertahankan, Dun Tempasuk kita rampas semula ,malah kita tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon Umno di Dun Pintasan sekiranya ada calon yang sesuai pada PRN17 akan datang atau kita akan menyokong parti lain yang akan bergabung dengan UMNO/BN bagi mempastikan kawasan ini akan kita tawan pada PRN kali ini” katanya.
Selain itu, Bung turut mengingatkan agar semua jentera parti perlu bergerak dari sekarang. Ketua-Ketua Cawangan perlu mengenal pasti jumlah ahli parti yang ada di kawasan masing-masing.
“Kita perlu membuat pembersihan terhadap senarai ahli parti, yang telah berhijrah kita biarkan mereka pergi , kita hanya perlu ahli yang berkualiti dan mempunyai prinsip perjuangan, yakinlah dengan isu yang semakin membelenggu kehidupan rakyat ketika ini, terutamanya dari segi keperluan insfrastruktur asas, jalanraya, air belakan elektrik dan keadaan ekonomi yang semakin menekan, rakyat akan bersama dalam perjuangan UMN0/BN untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik,” katanya.
Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Paduka Mohd Rafi Alli Hasaan,Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh SaidTun Said, Ketua Umno bahagian Kota Belud Azuwan Marjan, Ketua Umno bahagian Kota Marudu Ismarah Madcasar, dan Timbalan Ketua Umno bahagian Kudat Murtazah Amirdad.