Masiung gesa majikan syarikat besar lain contohi KTC Berhad

KINABATANGAN: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) Sabah Datuk Masiung Banah menggesa agar syarikat-syarikat besar yang lain mencontohi apa yang dilakukan oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTCB) dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dalam kapasiti CSR mereka.

Advertisements

“Usaha yang dilakukan oleh syarikat korporat milik Datuk Dexter Lau ini dapat di lihat sebagai salah satu dari komitmen ke arah mendekatkan lagi hubungan mereka dengan masyarakat umum.

“Contohnya di sini, kita sedar kita dikelilingi oleh syarikat-syarikat besar dengan berbagai industri khususnya ladang kelapa sawit,” katanya.

Masiung berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama KTCB dan UPPM Negeri Sabah di perkarangan Masjid Daerah Kinabatangan pada Selasa.

Turut hadir pengarah UPPM Datuk Awang Kadin Tang.

Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah masuk hari ke-6 setelah ianya memulakan jelajah di Parlimen Kalabakan, Tawau dan Semporna.

Sepanjang enam hari jelajah di 5 kawasan Parlimen, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad juga turut menyelitkan Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di Servay Tawau, Kunak dan Lahad Datu di mana setiap program melibatkan seramai 50 orang anak-anak yatim dan golongan Asnaf.

Program itu juga akan berlangsung di Sandakan, Penampang, Putatan dan sehinggalah ke Beaufort yang dikendalikan secara bersama dengan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah yang diketuai oleh Datuk Redonah Bahanda.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles