Lebih ramai sukarelawan, NGO dijangka sertai Program Amal Berbuka Puasa di seluruh Sabah – Awang Kadin

SEMPORNA : Lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat serta sukarelawan akan bekerjasama menyumbang kepada Program Amal Berbuka Puasa di seluruh Sabah.

Advertisements

Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Datuk Awang Kadin Tang berkata, ini merupakan satu perkembangan positif untuk sama-sama mengambil peluang sempena bulan Ramadan dalam membantu kumpulan masyarakat yang kurang berkemampuan.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk mengenalpasti jumlah bantuan yang diperlukan termasuk maklumat golongan sasar terbabit.

“Langkah ini bagi memudahkan proses pengagihan bantuan sekali gus lebih banyak golongan sasar dapat dibantu dan disantuni dengan lebih baik.

“Lazimnya pada setiap tahun di bulan Ramadan memang ramai sukarelawan, NGO dan pihak korporat memberi sumbangan dan langkah itu kami memang alu-alukan serta menggalakkan lebih ramai lagi ke hadapan membantu mereka yang memerlukan,” katanya di Majlis Program Amal Berbuka Puasa di sini, malam tadi.

Awang Kadin berharap akan mendapat kerjasama daripada golongan usahawan untuk terlibat bersama-sama dalam menjayakan Program Amal Berbuka Puasa di seluruh Sabah.

“Kita mungkin adakan program gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa bersama penduduk kampung sebagai tambahan dalam program jelajah berbuka puasa ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat  Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau berkata, kerjasama dengan beberapa NGO serta sukarelawan lain dijangka mampu membantu lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan di seluruh negeri.

“Kita alu-alukan agar lebih ramai sukarelawan tampil terlibat menyumbang sekali gus bersama-sama terlibat dalam menjayakan Program Amal Berbuka Puasa di seluruh Sabah.

“Sebagai contoh hari ini kita bersama-sama lebih 400 orang penduduk berbuka puasa sambil
menerima bantuan untuk meringankan beban menjelang dalam membuat persiapan hari raya,” kata Dexter.

Pada majlis tersebut beberapa penerima golongan kurang upaya menerima bantuan termasuk warga tua yang berumur 102 tahun iaitu Tahul Sayadi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles