KENINGAU: Keindahan Ramadan dengan pengisian majlis berbuka puasa yang turut disertai oleh masyarakat bukan Islam di negeri ini, merupakan anjakan paradgima kearah memperkukuhkan perpaduan dan mempupuk keharmonian kaum.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Yakub Khan berkata, tradisi Umno Sabah turun padang dalam program berbuka puasa setiap bulan ramadan.merupakan platfrom terbaik kearah menyatupadukan rakyat dari pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
“Program berbuka puasa kepimpinan Umno Negeri bersama kepimpinan dan ahli Umno di peringkat bahagian yang kita adakan setiap tahun .merupakan acara tradisi kita dan yang menariknya ia turut dihadiri oleh masyarakat bukan Islam dari pelbagai kaum dan agama merupakan satu cerminan perpaduan yang kukuh dikalangan rakyat di negeri ini,” katanya.
Yakub berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pada majlis Berbuka Puasa Umno Zon 4 yang melibatkan Umno bahagian Keningau,Ranau Tenom dan Pensiangan di kediaman Ketua Umno bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nak Zawawi di Taman Fajar Keningau pada Jumaat.
Menurut Yakub yang juga Ketua Umno bahagian Sepanggar kehadiran pelbagai kaum dan agama dalam majlis berbuka puasa di Sabah merupakan satu keunikan betapa hubungan persudaraan masyarakat di negeri ini begitu kukuh walaupun berbeza bangsa dan agama.
“Budaya ini perlu kita pertahankan bagi mengwujudkan kebersamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni salah satu eleman penting untuk menjana kemajuan dan kemakmuran negara,” katanya.
Pada majlis tersebut Yakub juga turut menyampaikan sumbangan perlatan dari Umno bahagian Keningau untuk beberapa buah masjid antaranya Karpet,lampu solar dan Penghawa dingin.
Hadir sama di majlis tersebut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Haji Mohd Rafi Alli Hasan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafray Arifin, Ketua Wanita Umno Sabah Senator Datuk Noraini Idris, Ketua Umno bahagian Keningau Datuk Mohd Nik Nadzri Nik Zawawi, Ketua Umno bahagian Tenom Datuk Raime Unggi, Ketua Umno bahagian Pensiangan Busiau Ampirak ,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Sufian Abd Karim, Ketua Puteri Umno Sabah Umi Nabilah Datuk Jamal dan beberapa orang Ketua-Ketua Umno bahagian.