PRN Sabah – UMNO/BN hati-hati jalin kerjasama takut “Pisang Berbuah Dua Kali” – Bung Moktar

SANDAKAN : Bagi menghindari situasi “ Pisang Berbuah Dua Kali “ Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.

Advertisements

Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata pengajaran sebelum ini menjadi iktibar bila sumbangan serta jasa UMNO/BN bagi memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk selepas PRN Ke-16 telah dinafikan demi kerasukan politik.

“Kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini, walau kita pada ketika itu tinggal serumah namun bilik asing-asing ibarat melukut ditepi gantang, kali ini kita tidak mahu lagi selepas berunding nanti kita dikhianti,” katanya.

Bung berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Gerak 17 Umno Sabah DUN Sungai Manila pada Ahad.

Tueut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan ,Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin , Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir dan ADUN Sungai Manlia Datuk Mokran Ingkat.

Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan turut mengakui perbincangan memang ada diadakan (tanpa menyembut parti mana), bagaimanapun pihaknya belum mengambil sebarang keputusan.

“Berbincang dan memutuskan adalah dua perkara berbeza. Kita ingin melihat mana-mana parti yang kita rasa boleh membawa keuntungan dan pemimpin parti itu juga menghormati parti kita dan keputusan bersama.” katanya

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, berkata Umno/BN Sabah akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama.

“Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah, kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah,” katanya

Sementara itu Bung berkata BN Sabah telah melantik seramai 25 orang penyelaras bagi setiap Parlimen di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.

Katanya, cadangan melantik penyelaras tersebut telah lama dikemukakan di peringkat Majlis Tertinggi BN, bagaimanapun ia baharu diluluskan awal bulan ini.

“Lama sudah kita cadangkan untuk pelantikan penyelaras BN di seluruh Parlimen, cuma BN Pusat belum ada masa untuk bermesyuarat. Pada 5 Mac, BN Pusat telah bermesyuarat dan mempersetujui pelantikan 25 penyelaras BN di seluruh parlimen di Sabah.

“Pada saya ini adalah amat baik sebab penyelaras yang dilantik akan memanggil ketua-ketua di kawasan masing-masing untuk membincangkan hala tuju dan masa depan BN dalam berhadapan dengan pilihan raya.

“Walaupun pilihan raya dijangkakan bulan September tahun depan, tetapi biasanya di Sabah kurang daripada 5 tahun. Oleh itu, kita perlu bersedia daripada awal untuk memastikan Umno dan BN benar-benar mampu untuk berlawan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles