BEAUFORT: Suara belia perlu didengari agar hasrat hati dan impian mereka dapat diberikan perhatian, difahami dan dipenuhi bagi menjamin kelestarian dan kebahagiaan golongan itu pada masa hadapan.
Sehubungan itu, Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata pergerakan pemuda Umno perlu menjadi rakan kongsi bagi memahami citarasa golongan muda hari ini dalam mendepani masa depan mereka yang lebih mencabar.
Menurut beliau perkongsian itu boleh dilakukan dengan pelbagai pendekatan yang boleh dimainkan oleh pergerakan Pemuda Umno termasuk aktiviti-aktiviti riadah dan sukan antara medium yang digemari oleh golongan muda .
“Penganjuran atau pelaksana sebarang kegiatan berkaitan belia contohnya dalam bidang sukan bukan sekadar mencungkil bakat sukan atau mencari juara, lebih dari itu pemuda Umno perlu menjadi platform ini untuk menyelami kehendak golongan belia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan Kerjasama Beaufort Football Chanel di komplkes Sukan Beaufort pada Sabtu.
Hadir sama Setiausaha Umno Bahagian Abdul Rahman Taib, Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak.Mohd.Yazri Ak.Moh Yahya, Ketua Wanita Juriffah Safflie dan Ketua Puteri Munira Sarrie.
Menurut Awang Aslee generasi muda adalah penyambung warisan kepimpinan negara, kerana itu mereka perlu terbabit secara langsung dan aktif dalam urusan dan agenda pembangunan negara.
“Warga belia dan generasi muda perlu mempunyai iltizam, kesungguhan, keyakinan dan ketahanan yang cukup tinggi serta luar biasa untuk menjadi tonggak penting kemajuan masa hadapan negara,” katanya.
Sehubungan itu, Awang Aslee yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Giat Mara kawasan Parlimen Beaufort menggesa pergerakan UMNO bahagian Beaufort agar mempelbagaikan lagi programmnya pada masa akan datang.
Beliau berkata ,antaranya melaksanakan program pendidikan, latihan kerjajaya, perniagaan dan ekonomi agar lebih ramai anak mudah bukan sahaja mendapat maklumat tentang peluang yang disediakan oleh kerajaan tapi turut memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kemahiran unntuk mereka melangkah ke hadapan menceburi bidang perniagaan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak.Mohd Yahya ketika ditemui berkata, turut merancang dan melaksanakan beberapa lagi program lain antaranya Latihan dan kemahiran.
Katanya,, sebahagian besar peranan dan tanggungjawab membangunkan negara telah dilunasi belia, melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan pembentukan kemahiran diri.
“Kita telah selain kegiatan sukan Pegerakan Pemuda Umno bahagian ini juga, telah merancang dan bakal melaksanakan beberapa lagi program khususnya dalam bidang latihan kemahiran yang kita laksanakan secara kolabrasi bersama jabatan dan agensi Kerajaan yang berkenaan,” katanya.
Pada kejohanan Bola Sepak Sembilan sebelah yang berlangsung selama dua hari itu sebanyak 20 pasukan menyertainya termasuk dari Lawas dan Labuan.
Kejohanan bola sepak tersebut menyediakan hadiah wang tunai RM15,000.00 berserta piala madel dan hamper, Naib Johan wang tunai RM7,000.00 piala madel dan hamper sementara tempat ketiga bersam akan menerima wang tunai RM4,000.00 piala ,madel dan hamper.