Pelantikan Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara bukti pengiktirafan wanita – Norazlinah

KOTA KINABALU : Pelantikan Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu merupakan satu lagi kejayaan serta pengiktirafan bagi golongan wanita di negara ini.

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif, pelantikan Annabell Perian ke jawatan penting bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac pada hari ini membuktikan wanita mempunyai potensi serta kemampuan dalam kepimpinan setanding golongan lelaki.

Katanya, ini membuktikan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu mengiktiraf peranan wanita di negeri Sabah.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada atas pelantikan itu… saya berharap ini menjadi bukti bahawa potensi dan bakat wanita adalah sama hebat dengan lelaki.

“Selamat bertugas kepada Annabell Perian, pikul amanah serta tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin sekali gus buktikan kewibawaan anda kepada rakyat negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Norazlinah berkata, pelantikkan ini membuktikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat perihatin kepada golongan wanita di Sabah jika dibandingkan dengan kepimpinan terdahulu.

“Lihat sahaja jika di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) melantik Datuk Amisah Yasin selaku ADUN Lantikkan manakala Annabell Perian sebagai Ahli Dewan Negara.

“Ini tidak berlaku dalam zaman kerajaan sebelum ini…..Tiada wanita dalam senarai ADUN Lantikan atau Senator wanita dari kerajaan negeri sebelum ini. Jelas membuktikan Ketua Menteri, mengiktiraf peranan kaum wanita di negeri Sabah,” jelas Norazlinah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles