Wanita perlu peka dengan peluang, potensi dan bantuan untuk ceburi bidang perniagaan – Jeffrey Nor

PUTATAN: Golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan harus memiliki kemahiran dan mengetahui peluang, potensi dan bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan serta badan lain.

Advertisements

Ketua Umno Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed berkata, jabatan dan agensi kerajaan khususnya menawarkan pelbagai program termasuk berkaitan bimbingan dan latihan serta bantuan kewangan dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, dengan mengetahui setiap aspek berkenaan, golongan wanita dapat mengenal pasti serta mensasarkan jenis-jenis perniagaan yang dapat dilaksanakan.

“Bajet tahunan yang disediakan oleh Kerajaan setiap tahun memperuntukkan dana yang sangat besar kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan.

“Dana ini disalurkan melalui pelbagai jabatan dan agensi,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Kursus Pengendalian makanan anjuran Wanita Umno bahagian Putatan dengan kerjasama FB Training Academy dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Ketua Wanita Umno bahagian Putatan Datuk Juriah Palasin dan Ketua Penerangan Umno bahagian Putatan Asneh Libong

Menurut Jeffrey beberapa jabatan dan agensi Kerajaan selain bersedia memberikan Latihan kemahiran untuk jangka pandek dan jangka Panjang juga turut menyediakan dana pinjaman bagi individu yang berkalayakan memohon pinjaman antara Amanah Ikthiar Malaysia (AIM),Mara, Jabatan Pertanian dan sebagainya.

“Umno bahagian Putatan sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang ingin berkelobari untuk menganjurkan sebarang program yang melibatkan bidang perniagaan khususnya golongan Wanita agar penyertaan golongan ini dapat diperkasakan di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Giat MARA kawasan Parlimen Putatan turut mengajak golongan Wanita di negeri ini agar menceburi bidang keusahawanan dengan menjadikan perniagaan atas talian, e-dagang sebagai platform terbaik untuk membina kerjaya, selaras dengan peningkatan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia.

“ E-dagang menjadi satu punca janaan ekonomi yang memberangsangkan terutama dalam kalangan belia dan wanita yang menjadikan media sosial seperti Facebook, Tik Tok dan Instagram sebagai medan jual beli secara aktif.

“Perniagaan ini sangat menguntungkan kerana menggunakan modal yang sangat rendah, namun menuntut komitmen yang sangat tinggi terutama pengagihan masa dalam kalangan peniaga,” ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles