Golongan wanita perlu miliki kemahiran, serba mengetahui peluang dan bantuan ditawarkan oleh kerajaan – Jeffrey Nor

PUTATAN: Golongan wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan harus memiliki kemahiran serta mengetahui peluang, potensi dan bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan serta badan lain.

Advertisements

Ketua Umno Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed berkata, antara jabatan yang terlibat secara langsung dalam memberikan bimbingan ialah Kemas yang mengambil inisiatif melatih masyarakat terutama dalam bidang kemahiran.

Menurut beliau antara program kemahiran yang dilaksanakan oleh Kemas ialah Quick Win, Kursus Kemahiran Jangka Pendek, Sijil Kemahiran Malaysia dan beberapa kursus lagi bertujuan membantu masyarakat terutama di luar bandar.

“Kita mahu penglibatan wanita dalam bidang kemahiran ini akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kursus kraf tangan anjuran KEMAS dengan kerjasama Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Kampung Lokawi Baru dekat sini pada Ahad.

Sehubungan itu, Jeffrey yang juga Pengerusi Penasihat Giat Mara Parlimen Putatan berharap program-program yang dianjurkan oleh Kemas dapat dimanfatkan sepenuhnya oleh golongan wanita bagi terus memartabatkan kaum hawa itu.

“Saya menyeru golongan wanita dan masyarakat untuk menyertai dan mengambil peluang mencorak kehidupan yang lebih baik sekali gus dapat meningkatkan peluang penjanaan pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran terutama bagi golongan B40,” tambahnya.

Tambah beliau, program Kemas itu juga merupakan platform untuk memperkenalkan serta mempromosi produk usahawan bimbingan jabatan itu secara terbuka.

“Umno bahagian Putatan akan sentiasa menyokong apa juga usaha yang dilakukan oleh jabatan dan agensi Kerajaan berkaitan dalam usaha bukan sahaja memberikan kemahiran kepada masyarakat sekali gus membantu meningkatkan taraf siso ekonomi mereka keluar dari garis kemiskinan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles