Pemuda UMNO Lahad Datu minta kerajaan cari jalan tangani masalah banjir di kampung air Port Tun Fuad Kunak

KUNAK: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datuk Seri Dr.Anil Sandhu meminta pihak berkenaan agar mencari jalan untuk mengurangkan risiko banjir yang saban tahun berlaku di kampung Air Port Tun Fuad Kunak.

Advertisements

Katanya, terdapat sekitar 36 buah kampung di kawasan tersebut, bagaimanapun kampung Air Port Tun Fuad merupakan perkampungan yang saban tahun akan berhadapan dengan masalah banjir yang menjejaskan kehidupan penduduk di kampung tersebut.

“Sememangnya kita tidak boleh mengelak bencana alam yang berlaku, bagaimanapun kita (Kerajaan) terutama nya jabatan atau agensi yang terlibat perlu ada perancangan teliti bagaimana mengurangkan risiko banjir di kawasan ini , antaranya ialah meluruskan atau mendalamkan sungai di kampung tersebut ,dimana langkah ini dapat mengurangkan risiko banjar terlalu lama, selain mempercepatkan aliran air keluar daripada bertekun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan selepas banjir di kampung tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurut Anil yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda Umno Sabah ,wakil rakyat di kawasan tersebut perlu memainkan peranan proaktif bagi mencari jalan penyelasaian untuk memohon peruntukan dari kerajaan atau menggunakan peruntukan Adun untuk melaksanakan projek bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

“Diperingkat Pemuda Umno sememangnya kita tidak mempunyai peruntukan untuk menyelasaikan isu ini, namun usaha kita menyuarakan kepada pihak berkenaan untuk mencari penyelasaian,” katanya.

Menurut beliau apa yang termampu dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Umno ialah menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.

Anil juga turut menyentuh mengenai sistem perhubungan jalanraya ke kampung tersebut yang terkesan dan mengalami kerosakan selepas dilanda banjir dan meminta pihak berkenaan mengambil langkah segara untuk memperbaikinya ini kerana ianya merupakan laluan utama penduduk kampung di kawasan tersebut.

“Saya minta siapa sahaja bergelar wakil rakyat di kawasan ini agar dapat turun padang memantau melihat masalah penduduk di kampung dan mencari jalan penyelasaian jangan turun padang hanya ketika pilihanraya,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan Anil juga meminta Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam daerah agar dapat menyediakan sebuah bot untuk kegunaan penduduk di kampung tersebut.

Menurut beliau bot merupakan keperluan penting digunakan oleh penduduk terutamanya bila berlaku banjir dan berlaku kes kes kecemasan dan pemindahan penduduk kampung ke tempat yang lebih selamat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles