Ubah pandangan pelajar aliran agama tiada prospek masa depan – Nik Mohd Nazri

KENINGAU: Masyarakat perlu mengubah pandangan yang suka membandingkan kemampuan pelajar aliran agama dengan sains atau sastera yang menganggap pelajar aliran agama tiada prospek masa depan ,memasuki unversiti atau mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian.

Advertisements

Ketua Umno bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, anggapan pelajar aliran agama sebagai aliran kelas kedua yang tidak memampu memberi persaingan kepada pelajar sains atau sastera merupakan tanggapan salah.

Menurut beliau aliran agama pada hari ini bukan seperti era 1970 an, mereka sudah ada pelbagai peningkatan yang mengkagumkan , mencapai kejayaan yang cemerlang serta mungkin lebih baik dari aliran lain..

“Ini satu tanggapan yang sama sekali tidak benar, malah boleh memberi impak serta menjejaskan pandangan orang lain,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke bangunan Sekolah KAFA Kampung Keningau dekat sini baru-baru ini.

Menurut Nik Mohd Nadzri pada dasarnya sememang pelajar aliran agama akan mengambil aliran tersebut sebagai keutamaan, namun bukan 100 peratus menumpukan perhatian pada subjek agama, sebaliknya ada juga mata pelajaran geografi, sains dan Matametik.

“Ini bukan sekolah agama seperti dulu tapi sekolah agama kebangsaan yang sudah diselaraskan silibusnya mengikut silibus kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, jika pelajar lain mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar aliran agama ada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang melayakkan mereka menjejakkan kaki di menara gading.

“Jadi di manakah relevannya tanggapan mengatakan kehidupan pelajar sekolah agama akan berakhir sebagai ustaz atau ustazah?” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah berpendapat, masyarakat khususnya ibubapa perlu diberi lebih banyak maklumat megenai aliran agama supaya mereka tidak lagi memandang serong potensi pelajar aliran itu.

“Jika maklumat diperoleh itu salah dan tidak diperbetulkan, mereka terus beranggapan aliran ini tidak mempunyai potensi melahirkan tenaga kerja berbentuk profesional,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles