Ribuan Penduduk Sipitang Menghitung Hari Ingin Merasai Nikmat Lebih raya Pan Borneo Pakej 1 Sindumin Melalia Yang “tidak pandai siap-siap’ – Abd Rahman

SIPITANG: “ Hatta” satu kilometer pun lebuh raya Pan Bonreo di daerah ini belum dilalui oleh Penduduk Sipitang dan sekitarnya, walapun ianya merupakan pakej pertama projek Lebuh Raya Pan Borneo yang dilaksanakan di negeri ini.

Advertisements

Demikian luahan rasa Ketua Umno bahagian Sipitang Haji Abd Rahman Moh Noh yang mewakili suara penduduk daerah itu yang kini terus menghitung hari untuk merasai jalanraya berturap dan selesa yang ‘tidak kunjung tiba’.

Menurut beliau bagi kawasan Parlimen Sipitang masalah utama yang dihadapi oleh penduduk Sipitang dan sekitarnya ialah infrastruktur terutam Lebuh Raya Pan Borneo dan juga jalan raya daripada Sipitang ke Long Pasia.

“Berbanding dengan maklumat yang diterima oleh juruperunding Jabatan Kerja Raya yang menjaga pembinaan lebuh raya ini, pihak kontraktor pelaksana telah pun membuat tuntutan bayaran kerja kerja sekitar 70 peratus, bagaimana JKR kita melihat kemajuan (progress) pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Bagi Pakej pertama bermula dari sempadan Sabah Sarawak di Sindumin hingga ke Melalia sejauh 28 kilomter amat mengecewakan bayaran yang diambil tidak setimpal dengan kerja-kerja yang dilaksanakan,” ketika ditemui di sini baru-baru

Menurut beliau penduduk di kawasan itu tidak pasti dimana puncanya sebenarnya, ‘adakah disebabkan oleh kontraktor yang dilantik tidak berwibawa atau konsultan yang mengawasi kerja-kerja dilaksanakan cuai sehingga boleh memperakui pembayaran dibuat sebanyak 70 peratus dari nilai kerja-kerja yang dilaksanakan sedangkan jumlah pembayaran tidak seimbang dengan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor berkenaan.

Tambah Abd Rahman, pertukaran kerajaan sebelum ini tidak boleh dijadikan alasan projek itu terbengkalai kerana ianya telah dimula sebelum Kerajaan bertukar.

Tambah Abd Rahman ada juga segelintar pihak mempersoalkan kenapa beliau mendedahkan perkara itu sedangkan isu ini sudah di bawa ke persidangan Parlimen.

Bagaimanapun Abd Rahman berkata sebagai pemimpin beliau berhak menyuarakan isu itu kepada Kerajaan kerana ianya merupakan tanggungjawab bagi mempastikan rakyat mendapat pembelaan dan suara mereka di dengar oleh pihak berkenaan.

Sehubungan itu, Abd Rahman meminta Kerajaan pusat agar isu kelewatan pembinaan lebu raya Pan Borneo bagi Pakej 1 Sipitang ke Melalia ini ditangani dan disiapkan segera kerana ianya amat penting bukan sahaja untuk kemudahan asas rakyat sekali gus ianya turut membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat di daerah ini dan sekitarnya.

“Semua maklum Sipitang adalah Pekan sempadan antara Sarawak dan Brunei yang saban hari akan dilalui oleh pengguna jalanraya termasuk dari negeri dan negara jiran ke Kota Kinabalu, jalan yang mereka lalui bukan sahaja membebankan pengguna tapi boleh menjejaskan industri lain seperti pelancongan dan sebagainya.

“Kita yakin jika lebuh raya ini disipakan sepenuhnya akan ramai lagi pengunjung dari negeri dan negara jiran akan berkunjung ke Sabah dan ini akan turut memberikan pulangan ekonomi kepada Masyarakat setempat apabila mereka singgah di Sipitang untuk berehat makan dan sebagainya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles