Penjaja di Tapak Pasar Malam Inanam disyaki guna pewarna terlarang – Junainah

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terlarang di Tapak Pasar Inanam malam tadi.

Advertisements

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, sample ikan tersebut di bawa ke makmal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenalpasti keberkesanan pewarna terbabit.

Katanya, laporan ujian ke atas sample yang di ambil akan dimaklumkan oleh pihak KKM kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) untuk tindakan lanjut.

“Operasi Bahagian Pengurusan Penjaja bersama KKM dan JKPB DBKK bermula 7.00 sehingga 9.30 malam di Tapak Pasar Malam Inanam mendapati terdapat seorang penjaja ikan disyaki meletakkan pewarna terhadap ikan yang dijualnya.

“Kita masih menunggu laporan terperinci oleh makmal KKM kemungkinan besar akan diperoleh dalam tempoh terdekat, sekiranya terbukti tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga ikan terbabit,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Junainah berkata, operasi seramai empat anggota membabitkan Bahagian Penjaja Jabatan Pelesenan DBKK diketuai Encik Hassim Musa manakala JKPB DBKK bersama enam anggota Adrian Ijom mengesan peniaga yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.

“KKM yang turut serta dalam operasi malam tadi dianggotai seramai tujuh pegawai diketuai oleh Rozita Ibrahim untuk mengesan peniaga yang degil berdasarkan laporan daripada orang ramai,” jelas Junainah.

Menurutnya, DBKK bersama KKM akan memperluaskan lagi operasi ini bagi memastikan peniaga ikan mematuhi arahan sekali gus bebas daripada menggunakan bahan pewarna yang terlarang bagi menjamin kesihatan pengguna.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles