Dua lelaki didenda RM10,000.00dan dihukum penjara sehingga 15 bulankerana memiliki minyak petrol tanpa lesen


 
 
SANDAKAN: Dua orang lelaki yang berusia antara 30 tahun dan 41 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sandakan kerana memiliki barang tanpa lesen.

Advertisements

Kedua-dua tertuduh itu – Jefferson Bin Hayat yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan Mubin Bin Rahman (IMM13-IP 12091-19464) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Yang Arif Tuan Zaini Bin Fishir @ Fisal pada 9 Februari lepas.

Mereka berdua dituduh melakukan kesalahan itu yang melanggar Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan minyak petrol sebanyak 240 liter dan 300 liter di dalam gelen secara runcit atau borong tanpa lesen yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Zaini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000.00 atau penjara 15 bulan jika sekiranya gagal membayar denda terhadap setiap orang yang dituduh dalam kes tersebut.

Kedua-dua orang yang tertuduh turut diperintahkan untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan
selanjutnya sebaik sahaja selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan bagi kes itu telah dijalankan oleh Othman Bin Said yang mewakili Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Serbuan kes di bawah Ops Tiris yang melibatkan kedua-dua orang yang kena tuduh di dalam kes itu telah dijalankan oleh pegawai-pegawai KPDN Sandakan pada 6 Februari 2024 kira-kira jam 6.20 petang bertempat di salah sebuah stesen minyak di kawasan bandar Sandakan.

Dalam serbuan tersebut, didapati Jefferson memiliki barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 240 liter di dalam gelen di Pam No.1 manakala Mubin dikesan memiliki barang kawalan minyak petrol sebanyak 300 liter di dalam gelen di Pam No.8 di stesen minyak yang terbabit.

Kedua-dua orang yang tertuduh tersebut didapati tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran berhubung minyak petrol yang dimiliki.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles