Upko Libaran sokong mekanisma pembayaran 40 % yang dicadangkan pucuk pimpinan parti kepada kerajaan Sabah

Oleh Dr. Peter Jr Naintin,
Ketua Bahagian UPKO Libaran
Ketua Penerangan UPKO Pusat

Advertisements

SANDAKAN: Mesyuarat Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang pertama untuk tahun 2024 telah diadakan pada 26 Januari lalu.

Mesyuarat pada kali ini telah bersetuju untuk memberikan ketetapan bahawa UPKO Libaran menyokong:

(1) saranan dan cadangan oleh parti UPKO kepada kerajaan negeri Sabah untuk mekanisma pembayaran 40% seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

(2) saranan kepimpinan parti UPKO untuk mensyorkan bahawa Pengerusi Penyelaras Pakatan Harapan bagi setiap Parlimen di Sabah adalah berdasarkan kerusi yang telah ditandingi semasa PRU15.

(3) cadangan UPKO sebagai parti tempatan yang mampu untuk menjadi Peneraju kepimpinan Pakatan Harapan Sabah.

(4) kepimpinan tertinggi parti UPKO untuk menentukan gabungan kerjasama politik dalam menghadapi pilihanraya Negeri menjelang tahun 2025 agar lebih banyak kerusi di DUN Sabah untuk dimenangi.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberikan kepercayaan kepada kami dalam meneruskan perjuangan Rakyat Sabah terutamanya di Parlimen Libaran, Sandakan.

Untuk rekod, keluasan parlimen ini bermula dari Batu 6 sehingga Batu 36 Sandakan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles