Perkasakan Nasionalisme Berasaskan Perpaduan Kaum Legasi YDPA XVI

Oleh Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Presiden UPKO, Ahli Parlimen Penampang & Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian

Advertisements

KOTA KINABALU: Menjunjung kasih Yang Di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, saya menzahirkan ucapan penghargaan di atas sumbangan kepimpinan sepanjang menjadi Ketua Negara Malaysia dalam tempoh lima tahun ini.

Memperkasakan nasionalisme rakyat Malaysia berasaskan perpaduan kaum merupakan legasi terbaik Tuanku yang akan menjadi ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Pertamanya, Tuanku telah menzahirkan titah agar perpaduan harus menjadi teras kepada penubuhan Kerajaan Persekutuan yang telah dijunjung dan dilaksanakan oleh pimpinan Kerajaan hari ini di bawah teraju Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Pergolakan politik dan kekerapan pertukaran teraju serta pimpinan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh singkat telah memberi kesan besar kepada pembangunan ekonomi, kemajuan dan tadbir urus negara.

Sebab itulah Tuanku telah menitahkan agar kepentingan negara harus diutamakan dan dijayakan melalui perpaduan dan seluruh rakyat. Saya dan parti saya akan terus mendukung titah ini.

Keduanya, melalui Kembara Kenali Borneo, Tuanku berserta Raja Permaisuri telah melonjakkan nasionalime rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak sekaligus memperkasakan semangat perpaduan rakyat yang sudah lama menjadi identiti negara di wilayah Borneo ini.

Menyantuni rakyat dan menyertai acara-acara kebiasaan rakyat sepanjang jelajah tersebut merupakan cetusan terbaik Tuanku buat rakyat jelata sekaligus menebalkan setia rakyat kepada raja dan negara.

Semasa majlis kebarangkatan balik Tuanku dan Raja Permaisuri di Dataran Parlimen, Tuanku berpesan titah kepada saya, “jaga Sabah”. Legasi Tuanku dan pesan titah ini akan terus saya junjung untuk berinisiatif yang terbaik buat negara.

Institusi Diraja mempunyai peranan besar dalam sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan. Rakyat menjunjung institusi ini dan rakyat akan terus memberi taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Daulat Tuanku.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles