KOTA KINABALU: Sesi percambahan idea bagi merancang program dan takwim khas 2024 yang menjurus kepada empat jenis diadakan di sini selama tiga hari bermula 24 Januari lepas.
Empat jenis sukan itu ialah ragbi,bola Sepak, hoki dan bola Jaring. Kursus itu dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Menurut Mohd Safrushahar Yusuff, Pengarah Bahagian Bakat Dan Pembangunan Wanita Majlis Sukan Negara, melalui kursus itu para peserta diharap dapat merancang program sepanjang tahun bagi menyediakan para atlet dalqm sesuatu kejohanan.
Katanya kursus tersebut disertai peserta dari daerah Kota Belud, Kota Kinabalu Lahad Datu, Keningau, Labuan, Tawau dan Sipitang.
Mohd Safrushahar berkata kursus itu, antara lain, bertujuan merancang
aktiviti sepanjang tahun bagi sukan Ragbi bola sepak bola, jaring hoki dan penyelarasan takwim sukan-sukan lain.
Katanya ia juga bermatlamat untuk menilai dan memantau prestasi setiap jurulatih dan atlet dlm keadaan berdaya saing kepada yang lebih positif.
Sementara itu, peserta kursus sukan ragbi Mohd Mustazar Bundah dari SMK Arshad Kota Belud berkata penganjuran kursus seumpama itu tetap pada masanya dan wajar disokong oleh semua pihak.
Menurutnya ia membantu memastikan pengurusan atlet sekolah berdaya saing bagi menghadapi kejohanan- kejohanan yang telah dirancang dari segi latihan yang bersistematik dan bersetruktur bagi mencapai kejayaan.
Turut Hadir Saifol Jappar dari Bahagian Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) Jabatan Pelajaran Sabah.