Kesiapsigaan awal jentera parti penting untuk capai kemenangan – Bung

KINABATANGAN: Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap siaga lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 dan mengelak daripada bekerja pada saat akhir.

Advertisements

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah , Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ini kerana tempoh kira-kira dua tahun sehingga tarikh tamat mandat PRN -16 berakhir pada tahun depan bukan suatu jangka masa yang lama.

“Tidak lama lagi parti politik berdepan pilihan raya. Sebab itu kita kena sentiasa bersedia.

“Tidak mustahil PRN akan diadakan lebih awal dari tempoh tersebut dan jika pilihan raya diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal (tempohnya akan jadi lebih singkat), kita perlu bersiap siaga dan melakukan persediaan lebih awal,” katanya ketika berucap merasmikan program pemukiman Dun Lamag dekat sini baru baru ini.

Sehubungan itu, Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan mahu semua ahli dan pemimpin UMNO khususnya di DUN Lamag bersedia dengan strategi dan taktik untuk memenangi PRN kali ini.

“Kita perlu fokas membela rakyat, Umno sebagai sebuah organisasi yang bersistematik tidak menghadapi banyak masalah untuk melaksanakan gerak kerja jentera parti asalkan semua bersatu hati dan tahu peranan masing-masing,” katanya.

Bung berkata memang banyak serangan dari seteru politik dalam kempen termasuk di media sosial namun mereka lupa mereka dahulu di dalam parti yang sama tapi apa yang mereka lakukan selain mengajar pangkat dan kedudukan untuk kepentingan peribadi bukannya kepentingan rakyat.

“Justeru kita perlu menjuarai isu-isu rakyat. Rakyat sudah pasti tidak akan memberi sokongan kepada parti hanya lebih banyak bercakap ,banyak slogan tapi masalah rakyat terutamanya berkaitan isu pembangunan insfrastrktur asas masih menjadi beban kepada rakyat,” jelas Bung

Dalam perkembangan lain, Bung yang juga Ahli Majlis Kerja tertinggi Umno mahukan setiap bahagian Umno di negeri ini aktif dalam penggunaan media sosial yang bukan sahaja menjadi medan hebaan segala program yang dilaksanakan tapi perlu memanafaatkan untuk menyampaikan isu berkaitan masalah rakyat serangan dari seteru politik terhadap pemimpin dan parti Umno.

“Kita faham mereka menguasai media sosial protal dalam talian kerana adanya bayaran kepada yang mengendalikanya, tapi kita jangan biarkan tanpa menangis segala tomahan dan fintah yang akhirnya akan menjadi presepsi negertif kepada rakyat sebagai pembaca,” katanya.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Related Articles

253FansLike

Latest Articles