KOTA KINABALU: Lawatan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi Ke Sabah bermula hari ini sehingga Isnin merupakan lawatan kerja rasmi yang tiada kaitan dengan isu pergolakan politik sebagaimana yang disebarkan oleh beberapa protal dalam talian.
Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Jamal Nerubi berkata kehadiran Ahmad Zahid ke Sabah dari 7 hingga ke 8 Januari ini adalah untuk.memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Bendecik bagi merasmikan majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Majlis.rumah Terbuka Krismas Ewon yang juga Adun Kedamaian.
Menurut Jamal yang juga Ketua Umno bahagian Papar lawatan ini.tiada kaitan dengan isu pergolakan politik sebagai mana yang disiarkan oleh beberapa protal dalam talian
“Kita nafikan sekeras kerasnya dakwaan tersebut, lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan ini adalah usaha memburukan nama Timbalan Perdana Menteri disampinh usaha untuk memecah belahkan kesatuan dalam Umno Sabah,” katanya.
Tambah Jamal dalam lawatan ini sebagai Presiden Umno sudah tentu Ahmad Zahid mengambil peluang bertemu dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno di Sabah dalam program santai dan ramah mesra bukanya membincangkan isu politik
Dalam pada itu, Jamal berkata Ahamd Zahid dan Umno.Sabah kekal komited untuk mengekalkan kestabilan politik bersama lerajaan perpaduan demi membangunkan negara bersama.