Bekas Ketua Menteri Sabah Sertai Kejohnan Golf 4 Penjuru

KUDAT: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merupakan antara 112 pemain yang menyertai Kejohanan Golf Empat Penjuru di Kelab Golf Kudat, dekat sini hari ini.

Advertisements

Menurut host kejohanan Dato Baharul Sawi kejohanan itu disertai empat pasukan iaitu Andy Jaya Golf Club, Kelab Golf Pagari, Kelab Golf Sorob dan Kelab Golf Sangkir.

Beliau berkata kejohanan tersebut bertujuan, antara lain, mengeratkan silaturahim antara semua pemain golf yang terdiri dari suku kaum Bajau, Dusun, Irranun dan Cina.

Baharul berkata kejohanan itu dimenangi pasukan Andy Jaya Golf manakala Naib Johan diraih Kelab Golf Pagari

Pasukan Kelab Golf Sangkir dan Kelab Golf Sorob masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles