Soal kerjasama UMNO Sabah bersama gabungan parti politik lain atas budi bicara UMNO, orang luar tidak perlu campur tangan – Suhaimi

KOTA KINABALU – Isu samada Umno Sabah akan bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Warisan bagi menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang hanya akan ditentukan oleh Umno Sabah yang mempunyai kuasa autonominya sendiri.

Advertisements

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata pihak lain tidak berhak meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berundur dari memimpin Umno Sabah sekiranya parti itu menjalin kerjasama dengan parti -parti lain termasuk Warisan selain dari pada lebih dari 600 ribu ahli Umno di seluruh Sabah.

Menurut Suhaimi setakat ini ,belum ada keputusan samadada Umno menjalin kerjasama dengan parti-parti lain bagi menghadapi PRN akan datang kerana dalam isu ini tambah Suhaimi Umno Sabah perlu berhati-hati dan hanya menjalinkan kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian dimeterai.

Katanya, proses gabungan dengan parti lain sebelum ini telah mengajar UMNO Sabah untuk menjadi matang dalam menjalin kerjasama dengan parti lain di negeri ini.

“Kita akan bekerjasama dengan parti politik yang menghormati perjanjian satu sama lain dan memberi manfaat kepada UMNO dan Sabah.

“Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan, keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah. Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang menggangu usaha membangunkan Sabah,” katanya dalam kenyataan pada sabtu.

Suhami yang juga Ketua Umno bahagian Libaran berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkar nain Mahdar yang mengesa Bung Moktar berundur dari memimpin UMNO Sabah sekiranya masih mahu meneruskan hasratnya untuk bekerjasama dengan parti Warisan khususnya untuk menghadapi PRN akan datang.

Zullkar nain berkata sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.

Katanya, Apa yang kita buat sekarang hanya pasrah dan berdoa supaya Bung Moktar dapat ditukar lah demi kepimpinan UMNO.

“Mereka cuba nafikan tetapi sudah tentu sekarang UMNO terbentuk kepada dua kumpulan dan sudah tentu kita berada di kumpulan yang menentang Bung Moktar dan Mohd Shafie (Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal),” katanya dalam sidang akhbar baru baru ini.

Suhaimi berkata siapa Zulkar nain dalam Umno Sabah? Dia tidak berhak mendesak Bung berundur memimpin Umno Sabah sekiranya pun Umno Sabah mengambil keputusan untuk bergabung dengan parti-parti lain termasuk Warisan khususnya untuk menghadapi PRN akan datang , sebaliknya jika pun berlaku keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti anya dibuat secara konsisas atau Keputusan bersama setelah mengambil kira pandangan semua pihak dalam Umno Sabah termasuk presiden parti.

Sambil menishati Zulkkar nain agar menjaga badan NGO yang diwakilinya dan tidak menjadikan badan NGO sebagai flaffrom berpolitik atau menjadi tali berut pihak lain untuk memecah belahkan Umno Sabah.

“Apapun Keputusan Umno Sabah samada mahu bekerjasama dengan parti-parti lain khususnya untuk menghadapi PRN akan datang itu adalah hak Umno Sabah, barilah kami (Umno Sabah) yang memutuskanya bukannya ditentukan oleh orang luar yang tidak berkaitan dengan Umno,” tegas Suhaimi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles