Pendidikan mampu ubah taraf kehidupan keluarga – Siti Aminah

KOTA KINABALU : Para Ibu bapa disaran untuk memberi penekanan dan keutamaan terhadap aspek pendidikan anak-anak bagi mengubah nasib serta meningkatkan taraf hidup keluarga.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, kesedaran mengenai pentingnya pendidikan perlu disemai sejak awal usia anak-anak supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.

“Pendidikan amat penting kerana ilmu pengetahuan tidak dapat dibeli. Malah hanya dengan pendidikan, ia dapat mengubah nasib kita dan masa depan negara,” katanya.

Beliau yang juga Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Beaufort di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Dun Banir.

Turut hadir wakil Pendidikan Daerah Beaufort Suhaimi Awang Besar, Pengetua SMK Beaufort Abad Samat Jumat dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Beaufort Awang Anak Sani

Menurut Siti Aminah pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara.

Katanya Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat.

“Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan dan bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan datang,” jelas Aminah.

Dalam perkembangan yang sama, Aminah juga mengingatkan para pelajar agar menumpukan sepenuhnya tanggungjawab sebagai pelajar yang berdisplin tanpa bergantung sepenuhnya kepada usaha perancangan dan kesungguhan dimainkan guru tapi mereka harus menunjukkan kesungguhan untuk berjaya dan cemerlang dalam akademik atau kokurikulum.

Katanya pelajar perlu mempunyai minat serta fokus dalam proses pembelajaran bagi memastikan mereka berjaya terutama berhadapan dengan ujian SPM dan STPM pada hujung tahun nanti.

“Salah satu aspek mesti dilakukan setiap pelajar adalah menetapkan matlamat dan sasaran yang jelas memberikan tumpuan ketika guru mengajar diklas selain sentiasa membuat ulang kaji di rumah,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pelajar agar menguasai asas sains dan matematik kerana keper­luan kehidupan masa kini dan akan datang memerlukan kepakaran dalam dua bidang itu yang merupakan tunjang kepada bidang teknologi.

Katanya menguasai subjek sains matematik dan Bahasa inggeris merupakan asas utama bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi bagi memilih pekerjaan dalam bidang-bidang propesional selepas menamatkan pengajian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles