KOTA KINABALU: Kumpulan tarian University College Sabah Foundation (UCSF) telah memenangi Pertandingan Tarian Ketegori Aerodance
sempena acara tahunan Pesta Kubis Kundasang yang diadakan di Pentas Budaya Kundasang, baru-baru ini.
UCSF yang diwakili oleh 8 orang pelajar menerima hadiah berupa wang tunai dan
sijil dalam pertandingan tersebut.
Menurut jurulatih kumpulan tarian UCSF, Puan Eirzian Bujang, ini merupakan pertandingan terbuka yang pertama kali disertai oleh UCSF bagi kategori Aerodance, dan akan meningkatkan lagi usaha untuk menyertai pertandingan Aerodance yang lain pada masa akan datang di peringkat yang lebih tinggi.