Rang Undang – Undang Tenaga Boleh Baharu Sabah 2024

Oleh Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin

Advertisements

KOTA KINABALU: Pertama sekali saya ucapankan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Kabinet kerana berjaya mendapatkan kembali autonomi untuk mengawalselia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan yang menunjukkan Kerajaan negeri Sabah sekarang selari dalam memperjuangkan hak Sabah dalam penjanjian Malaysia 1963.

  1. Kejayaan pengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada kerajaan Persekutuan bukan sahaja soal kejayaan tetapi juga soal tanggungjawab Kerajaan Sabah pada hari ini untuk menangani masalah bekalan elektrik pada masa jangka pendek, sederhana dan panjang. Oleh demikian saya sangat menyokong penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah (eCos) untuk memastikan Kerajaan Sabah setiasa dalam landasan yang betul dalam urusan tenagas di Sabah.
  2. Reserve Margin (dengan izin) tenaga elektrik Sabah ketika ini hanyalah 12% sahaja berbanding pada tahap selamat 30%. System Average Interruption Duration Index (SAIDI) (dengan izin) ataupun purata tempoh gangguan bekalan elektrik pengguna dalam setahun di Sabah pada tahun 2022 adalah setinggi 286 minit berbanding di semenanjung 45 minit sahaja. Bukan itu sahaja, kita di Sabah banyak bergantung dengan arang batu dan petroleum untuk menjana tenaga elektrik yang tidak Lestari kepada alam sekitar.
  3. Oleh yang demikian Negeri Sabah perlu untuk memperkasakan usaha untuk menggunakan “Tenaga Boleh Baru” untuk penjanaan tenaga yang Lestari kepada alam sekitar dan sekaligus dapat mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. “Tenaga yang boleh baharu” merujuk kepada sumber tenaga yang bersih, mampan, dan rendah impak alam sekitar yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga yang boleh baharu bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga fosil yang terhad dan merosakkan alam sekitar seperti minyak dan arang batu. Beberapa contoh tenaga yang boleh baharu termasuk: Tenaga Solar, Tenaga Angin, Tenaga Hydro, Biomass, dan Tenaga Gelombang dan Arus.
  4. Negeri Sabah mempunyai kelebihan untuk menerokai dan menggunakan sumber tenaga boleh baharu. Negeri Sabah menerima radiasi solar tertinggi sebanyak 1,861 kWh/m2 berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh kerana radiasi solar adalah relatif tinggi, tenaga suria PV dianggap sebagai pilihan RE yang layak untuk Negeri ini. Berdasarkan kajian oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), Sabah mempunyai kapasiti potensi sebanyak 99.4 GW yang boleh dihasilkan melalui tenaga suria PV.
  5. Negeri Sabah juga mempunyai potensi tinggi dalam mengggunakan bio tenaga dari sisa-sisa hasil, terutamanya dari aktiviti kelapa sawit. Menurut SEDA, biojisim merupakan sumber bio tenaga terbesar di Sabah dengan kapasiti potensi sekitar 561 MW daripada lebih 26.2 juta tan biojisim dari ladang kelapa sawit.
  6. Memandangkan banyak lembah sungai di Sabah, Negeri ini juga boleh memanfaatkan potensi untuk menghasilkan tenaga hidro, baik yang berskala kecil mahupun besar, dengan kapasiti potensi sebanyak 1.1 GW. Untuk geotermal, satu kajian yang diterajui oleh Jabatan Mineral dan Geosains telah mengenal pasti kira-kira 100 MW potensi sumber geotermal di Tawau, Sabah.
  7. Kelebihan tenaga yang boleh baharu termasuk membantu mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar, mengurangkan pencemaran udara, dan menyokong pembangunan mampan. Penerapan teknologi ini di Sabah dan seluruh Malaysia dapat membantu menyediakan sumber tenaga yang lebih bersih dan membina masa depan yang lebih lestari.
  8. Namun, status quo sekarang, kerajaan persekutuan masih memberikan subsidi diesel bagi penjanaan elektrik pada kadar RM1.50 untuk 1 Kilowatt Perjam berbanding Renewable Energy seperti tenaga hidro, solar, biojisim dan banyak lagi, hanya memerlukan subsidi kos 31.5 sen untuk 1 Kilowatt Perhour.
  9. Jumlah Subsidi diesel untuk penjanaan elektrik adalah sebanyak RM1.27 Bilion iaitu 44% daripada jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM2.89 Bilion dari tahun 2016 hingga 2021 kepada Negeri Sabah. Penjanaan tenaga elektrik menggunakan diesel yang diketahui kos operasinya mahal dan mencemarkan alam sekitar. Sudah tiba masanya kita bertukar kepada projek penjanaan elektrik yang lebih mesra alam serta murah.
  10. Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan dan memastikan penurunan dana dan kelulusan seperti Projek Upper Padas Hydroelectric, Hulu Padas dan Sungai Maligan Hydropower, Projek-projek Solar walaupun selepas ini Kerajaan negeri mengambil alih kawal selia berkaitan elektrik di Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles