Sambutan perayaan berbilang kaum agama kunci keamanan negara – Siti Aminah

BEAUFORT: Sambutan perayaan yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama di negara ini, berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Advertisements

Ahli Parlimen Beaufort yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Hajah Siti Aminah Aching , berkata ia adalah kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dan berupaya mencapai semangat Malaysia Madani.

Katanya, menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.

Beliau berkata, perayaan tahunan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan Tahun Baharu Cina adalah perayaan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan.

“Rakyat Malaysia terutamanya di Sabah yang mempunyai lebih dari 33 suku kaum yang berlatar belakangkan agama,kepercayaan dan adat rasam yang berbeza masih mengamalkan budaya berkongsi perayaan dan kunjug mengunjungi antara sama lain seharusnya berasa berbangga kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan aman dan damai

“Sejak merdeka, tugas yang penting bagi setiap rakyat adalah menyumbang ke arah perpaduan negara serta berusaha meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial negara kita” katanya ketika ditemui selepas berkunjung ke rumah rakan-rakan yang meraikan sambutan hari krismas di kawasan Parlimen Beaufort merangkumi DUN Kuala Penyu dan Klias kemarin.

Turut serta dalam rombongan tersebut Timbalan Ketua UMNO bahagian Beaufort Ustaz Haji Jaluddin Kadir serta pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Parlimen Beaufort.

Menurut Aminah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara. Oleh itu, rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti membabitkan semua kaum.

Katanya, rakyat Malaysia harus komited untuk menjamin keharmonian, keamanan dan perpaduan negara, malah usaha gigih harus berterusan bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara dapat dipertahankan .

Related Articles

253FansLike

Latest Articles