Konsep berkongsi perayaan wadah perkukuhkan Malaysia Madani – Abdul Rahman.

SIPITANG: Kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia mampu menjadi medium terbaik bagi saling kenal-mengenal dan mengukuhkan lagi jalinan kemesraan sesama masyarakat tanpa mengira perbezaan latar agama dan bangsa selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan Perpaduan.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Sipitang Abdul Rahman Mohd Noh berkata, sambutan Pesta Krismas yang bakal dirayakan oleh penganut Kristian minggu depan turut memberi kesempatan kepada Masyarakat di negeri ini berkongsi perayaan dengan semangat kunjung mengunjugi dan beramah mesra antara satu sama lain dan ini sudah tentu menjadi wadah memperkukuhkan semangat perpaduan.

“Perayaan seperti ini sememangnya membuka peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan lebih dekat dan mengurangkan jurang perbezaan antara kita.

“Peluang dan kesempatan seumpama ini harus dihargai dan diteruskan agar pemikiran kita akan lebih terbuka untuk menerima persamaan dan perbezaan pelbagai kaum dan agama di Malaysia, sekali gus menggalakkan budaya saling menghormati,” katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah perpaduan sempana sambutan Kirsmas ke beberapa buah kampung antaranya kampung Muhibbah,Tunggul Tinggi, Kampung Long Kinangan, Kampung Batu 7 dan kampung Ranau Ranau pada Selasa.

Mengiringi ziarah beliau, Setaiusaha UMNO Bahagian Sipitang Haji Mohd Jaini Puasa dimana penduduk yang diziarahi itu akan meraikan sambutan krismas

Menurut Abdul Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat MARA Sipitang berkata, Sabah yang mempunyai lebih daripada 33 etenik dengan pelbagai Bahasa dan agama merupakan negeri contoh dalam mereliasaikan konsep Malaysia Madani.

Katanya walaupun penduduk Sabah terdiri dari pelbagai kaum dan agama namun semangat kekitaan dengan nilai-nilai persaudaraan yang kukuh dan harmoni terus dipertahankan.

“Sebagai sebuah negeri yang mempunyai latar belakang pelbagai kaum dan agama Sabah sudah tentu berada di hadapan dalam menterjemahkan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles