Peter kekal sebagai Presiden KDM Malaysia, Henry timbalan

PENAMPANG: Datuk Peter Anthony kekal dipilih sebagai Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia bagi penggal 2024 – 2026.

Advertisements

Keputusan yang dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan KDM Malaysia, di sini, hari ini, itu turut menyaksikan Henry Saimpon dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Lima Naib Presiden yang terpilih pula ialah Datuk Baitin Adun, Jack Jatil Junggok, Gabriel George Tulas, Dr Oswald Aigat Igau, dan Abu Bakar Ellah.

Peter ketika mempengerusikan mesyuarat itu berkata, KDM Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam membantu dan memartabatkan masyarakat KDM di negeri ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan KDM Malaysia yang dipilih ini dan saya harap kepimpinan ini akan membantu KDM Malaysia dalam membantu dan memartabatkan masyarakat KDM di negeri yang kita cintai ini.

“Saya juga menerima baik cadangan-cadangan yang dikemukakan barisan AMT, kita akan melihat cadangan-cadangan ini seterusnya dibincangkan, mana yang sesuai kita akan laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Jaiping Minsu dan Jaimon Susa masing-masing dipilih sebagai Setiausah Agung dan Penolong Setiausaha Agung manakala Lazarus Anthony dan Presley Peter masing-masing dipilih sebagai Bendahari Agung dan Penolong Bendahari Agung.

Ebby Roy Raimon dan Jaklin Mogimau pula masing-masing dipilih sebagai Ketua Belia dan Penolong Ketua Belia manakala Elvina Jane Justine dipilih sebagai Ketua Beliawanis dan Donneysius Ansuku pula dipilih sebagai Ketua Penerangan.

Seramai 20 Ahli Majlis Tertinggi KDM Malaysia juga dipilih pada mesyuarat berkenaan.

Mereka yang terpilih ialah George Timus; Andrew Weddy Majanggim; Florence L R M Ebbie; Masly Dangku; Jikol Taguah; Vitalis Gulabok; Lasimin Majani @ Lasmin; Agustine Paga; Justin Silut Juani; Joseph Anthony; Jaikol Pondok; Nixboy Piunin; Jellysius Saimpon; Haris Bolos; Dr Gaim James Lunkapis; Jumardie Lukman; Priscella Peter; Sitipah Jahamin; Michael Angkui dan Willie Jude Junaidi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles