Berhati-hati di jalanraya

SANDAKAN : Ketua Masyarakat Cina Kapitan James Leong menasihati pengguna jalanraya supaya berhati-hati semasa berada di jalanraya.

Daerah Sandakan dan kawasan berdekatan kini mengalami cuaca tidak baik ,kata James.

Hujan yang turun berterusan menyebabkan jalanraya basah dan licin, air kadang-kadang bertakung di permukaan, tambah James.

James berkata memandu laju dalam keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu sendiri dan juga pengguna jalanraya lain.

Kepada mereka yang jalan jauh bersama keluarga untuk bercuti dalam masa ini, sentiasa mematuhi peraturan lalulintas termasuk had laju ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing, katanya lagi.

Biar lambat asal selamat, tambah beliau.

Pastikan juga kenderaan dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, kata James.

Memandu secara berhemah supaya selamat sampai ke lokasi tujuan bersama orang tersayang, kata James.

James juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Natal dan tahun baharu 2024 kepada mereka yang meraikannya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles