Sukan Instrumen terbaik jayakan Malaysia Madani – Ak Mohd Yazri

KUALA PENYU : Sukan adalah instrumen terbaik untuk perpaduan rakyat serta platform penyatuan Malaysia Madani yang merupakan satu daripada fokus Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya

Advertisements

Beliau berkata, melalui pelbagai acara sukan utama membabitkan Malaysia seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel, bola sepak dan badminton, rakyat berbilang kaum serta agama dapat dilihat bersama-sama memberi sokongan sorakan dan tepukan semangat kepada atlet negara.

“Saya yakin kekuatan utama sukan ialah mencetuskan rasa kekitaan dan semangat berpasukan yang kukuh dalam kalangan atlet serta penyokong,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan perlatan sukan kepada golongan belia dan beliawanis di kampung Mansud Kuala Penyu kemarin.

Sumbangan berupa bola tampar,bola sepak dan sepak takraw tersebut diterima oleh Jain Haji Bisnim yang mewakili belia dan beliewanis kampung Mansud

Ak Mohd Yazri berkata sumbangan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya budaya bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas, aktif dan sihat di kalangan komuniti setempat

Beliau berkata, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort mengambil ruang tersebut sebagai ejen kerajaan dalam mendekati komuniti dan sebagai contoh, aktiviti sukan komuniti bersama golongan belia dan beliawanis

“Sumbangan seperti ini merupakan salah satub tumpuan dan usaha kita untuk mengalakkan kegiatan sukan dan riadah kepada golongan belia dan komuniti setempat dan program ini berterusan sepanjang tahun khususnya di kawasan Parimen Beaufort,” katanya

Seterusnya, Ak Mohd Yazri meminta rakyat khususnyan di daerah itu menitikberatkan faktor kesihatan dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti persekitaran agar dapat menjalani kehidupan yang sihat serta berkualiti.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada anggota pergerakan pemuda UMNO di setiap cawangan dan badan badan belia di daerah ini atas pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program yang telah membantu meningkatkan kesejahteraan ahli dan masyarakat,” katanya.

Menurut beliau kegiatan sukan merupakan flatfrom terbaik untuk mendekati golongan belia bukan sahaja untuk mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan tertentu tapi mampu mengisi masa terluang mereka dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sehat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles