Karnival Bola Sepak Tertutup Akademik Bola Sepak Jubilo cukup meriah

KOTA BELUD: Karnival Bola Sepak Tertutup Akademi Bola Sepak Jubilo yang berlangsung di padang SMK Arshad, dekat sini pada 17 Disember lepas mendapat sambutan meriah, terutama golongan muda.

Advertisements

Karnival itu merupakan anjuran Akademi Bola Sepak Jubilo hasil cetusan idea pengerusinya Mohd Syarulnizam Salleh.

Menurut Syarulnizam karnival itu, antara lain, bertujuan meningkatkan semangat bersukan dan persaingan sihat di kalangan para pelatih.

“Sambutan meriah dengan sokongan Ibu Bapa serta aktiviti-aktiviti yang menarik bukan sahaja untuk pelatih tetapi untuk ibu bapa,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles