KOTA KINABALU : Badan Belia USIA Sabah menjalinkan kerjasama dengan Zahra Travel dalam usaha membangunkan dan menambah baik jaringan institusi dakwah di negeri ini
Ketua Belia USIA Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata, kerjasama strategik itu tepat kerana akan menjadi platform dalam merealisasikan hasrat badan tersebut melebarluaskan gerakan dakwah khususnya di kalangan generasi muda.
Menurut beliau kedua-duanya secara asasanya bersetuju bekerjasama bagi memperkaskan hal ehwal islam di Sabah dalam aspek Pembangunan fitrah,budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah menerusi seminar, kursus konvensyen yang turut melibatkan masyarakat setempat.
“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan peranan dan kandungan media Islam yang dapat membangunkan masyarakat yang maju dan progresif serta mengalu-alukan kesediaan pihak Zahra Travel sebagai rakan strategik pembangunan hal ehwal Islam di Sabah ,” katanya kepada media selepas mengadakan perbincangan dan penyerahan kertas cadangan dari Zahra Travel yang diwakili oleh Cik Rinah di sini baru-baru ini.
Jamawi berkata, penekakan tentang Islam Wasatiyyyah atau membina gagasan ummatan wasathan adalah sejajar dengan program pemerkasaan hal ehwal Islam yang sedang dan akan teruskan digerakkan oleh Belia USIA yang antaranya menekankan elemen kehormatan institusi Islam dan kesejahteraan insan.
“Usaha-usaha untuk membina negara khususnya dalam pelaksanaan agenda Membangun Malaysia MADANI perlu disokong oleh semua pihak dan kita amat berterima kasih kepada ZahraTravel yang sedia bekerjasama dan berharap lebih banyak lagi badan-badan NGO Islam dan sektor korprat lain di negeri ini bersedia menjalin kerjasama dalam Gerakan dakwah bersama Belia USIA ” katanya.
Untuk itu Jamawi berkata Belia USIA mengambil pendekatan untuk menyelaraskan program ini mengikut Zon dimana sebanyak enam zon akan berkolabrasi menyelaras dan melaksanakan program ini.
Tambah Jamawi antara zon-zon yang terlibat, zon satu merangkumi Kota Belud,Kudat Kota Marudu Pitas, Zon dua Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Tuaran, Zon tiga Papar, Membakut, Kuala Penyu Beaufort, Sipitang, Zon empat Keningau, Tambunan Tenom dan Pansiangan, Zon lima Beluran, Sandakan Kinabatangan, Libaran dan Zon enam Tawau ,Semponra,Kunak Lahad Datu dan Tungku.
“ Penyelaras zon-zon terlibat akan berbincang bentuk program yang sesuai untuk diadakan samada fardu ain, fardu kifayah atau mengikut keperluan yang sesuai di lokasi yang ditetapkan untuk melaksanakan program berkenaa” katanya
Jamawi yang juga Pengerusi SUDC berharap program ini akan dapat dimulakan awal tahun depan dan dilaksanakan peringkat demi peringkat mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.