Wakil Polis Persekutuan Australia hargai langkah proaktif ESSCOM kawal perairan ESSZONE

LAHAD DATU:Senior Officer Australian Federal Police Nick Morgan dalam kunjungan hormatnya pada selasa menghargai segala usaha dan inisiatif serta langkah-langkah preventif Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam mengawal selia dan memantau perairan ESSZONE bagi memastikan keselamatan dan kestabilan pantai timur Sabah berada dalam keadaan terkawal.

Advertisements

Beliau berkata Suruhanjaya Tinggi Australia yang berpangkalan di Kuala Lumpur akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan sewajarnya kepada kerajaan Malaysia khususnya, ESSCOM amnya, bagi menangani sebarang isu-isu keselamatan berbangkit di kawasan pantau timur Sabah.

Menurutnya lagi, ESSCOM telah dapat menguruskan hal ehwal berkaitan dengan keselamatan dengan baik sehingga tiada kes kidnapping for ransom (KFR) berlaku di kawasan pantai timur Sabah sehingga kini dan kes terakhir KFR direkodkan ialah pada januari 2020.

“Kejayaan ini menunjukan bahawa semua strategi dan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh ESSCOM Berjaya dan berkesan”, katanya.  
Beliau dan rombongan yang dalam rangka lawatan sehari ke daerah ini, tiba di perkarangan pejabat ESSCOM pada jam 9 pagi semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos diiringi pegawai-pegawai kanan ESSCOM.

Dalam lawatan tersebut, Nick Morgan bersama rombongan telah diberikan taklimat mengenai pengoperasi ESSCOM di kawasan ESSZONE termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi ESSCOM dalam menerajui kawalan keselamatan di pantai timur Sabah.

Sementara itu, Komander ESSCOM DCP Datuk Victor Sanjos dalam ucapan ringkasnya amat mengalu-alukan kehadiran semua pegawai-pegawai kedutaan asing yang berpangkalan di negara ini supaya berkunjung ke pejabat ESSCOM untuk dberikan pencerahan dan informasi mengenai keadaan keselamatan di ESSZONE agar mereka mendapat gambaran jelas tentang isu keselamatan di pantai timur Sabah.

“Saya mengalu-alukan kehadiran para pegawai kedutaan asing untuk berkunjung ke pejabat ESSCOM supaya mereka dapat diberikan taklimat dan informasi mengenai operasi dan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di ESSZONE,” katanya.

Menurutnya lagi, saya juga telah meminta kepada mereka agar dapat menyampaikan berita baik ini kepada seluruh warga Eropah amnya dan Australia khasnya agar jangan ragu dan takut untuk berkunjung ke pantai Timur Sabah kerana tahap keselamatan di ESSZONE pada ketika ini berada dalam keadaan baik dan terkawal.

ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayia di ESSZONE berada dalam keadaan siapsiaga tertinggi dalam mengawal perairan negara ini daripada dibolosi oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles