Curi ahli dalam gabungan GRS dihalalkan meskipun perbuatan tidak berintegriti

KOTA KINABALU: Kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang menganggap tindakan ‘merampas’ ahli parti komponen adalah perkara biasa memberi gambaran budaya tidak bermoral dan merasuah ahli dengan jawatan lantikan politik menjadi amalan untuk memperkukuhkan parti tersebut.

Advertisements

Selain menganggap ia perkara biasa, Masidi yakin tindakan tersebut tidak menyakitkan hati rakan komponen serta tidak menjejaskan hubungan serta mengakibatkan perpecahan gabungan tersebut memberi gambaran budaya tersebut wujud dalam parti GRS

Ketua UMNO bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata , kenyataan tersebut tidak mengambarkan Masidi sebagai tokoh politik yang matang dan berwibawa selain menjadi nilai tambah budaya politik lompat melompat yang menjadi amalan sebahagian pemimpin dalam GRS hari ini yang menghalalkan apa saja cara untuk memperkukuhkan kedudukan parti yang baru mahu bertapak di negeri ini.

Masidi dalam kenyataan medianya pada selasa berkata adalah menjadi perkara biasa di Sabah satu orang jadi ahli empat parti berbeza yang mana menurut beliau isu pertindihan keahlian dalam kalangan ahli parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan mengakibatkan perpecahan dalam gabungan berkenaan.

Menurut Jeffery yang juga Pengarah Pilihanraya UMNO Sabah seharusnya Masidi sebagai orang lama dalam politik yang boleh dianggap sebagai ikon kepada pemimpin dan ahli parti ,perlu menunjukan sikap berintegeriti dan bermoral kepada ahli-ahli parti agar mempunyai prinsip dalam perjuangan.

“Gabungan yang ada dalam GRS ketika ini STAR, Parti Bersatu Sabah, USNO, SAPP,LDP dan PHRS perlu berhati-hati dalam kontek keahlian pun boleh dihalalkan perbuatan mencuri ahli, apa lagi dalam pembahagian kerusi atau calon dalam PRN akan datang sudah tentu akan berhadapan dengan masalah, mujurlah UMNO menarik diri dari gabungan ini,” katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Masidi kerana berterus terang mengenai isu itu, Jeffery berkata kenyataan Masidi sudah tentu membinggungkan banyak pihak bukan sahaja parti komponen tetapi juga rakyat Sabah kerana menganggap ia sebagai perkara biasa lagi-lagi membabitkan soal merasuah ahli dengan jawatan lantikan politik.

Jeffery berkata, setelah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Ruslan Muharam mendedahkan tindakan GRS ‘merampas’ ahli parti komponen dalam gabungan, tidak mustahil parti komponen lain akan turut menjadi sasaran kerana Masidi berpendapat itu adalah perkara yang ‘normal’.

Tambahnya, jika benar Masidi yakin isu pertindihan keahlian dalam kalangan ahli parti-parti komponen gabungan tidak akan mengakibatkan perpecahan beliau mencabar parti-parti komponen menarik balik sokongan terhadap GRS bagi membuktikan kenyataan Setiausaha Agung itu.

“Keyakinan penuh sombong daripada Masidi perlu kita buktikan. Sejauh mana parti-parti komponen sanggup ditindas oleh ‘rakan’ sendiri dalam gabungan. Apa guna bertahan duduk ‘serumah’ apabila terang-terang sudah tahu rakan ‘tikam belakang’.

“Di hadapan umum (orang ramai), kata ini itu pasal perjuangan gabungan, cerita itu ini pasal kudeta, tapi hakikat di belakang tabir mengintai ahli-ahli parti komponen dengan habuan jawatan dan sebagainya,,” katanya.

Tambah Jeffery apabila isu ‘rampas’ ahli tidak dipandang serius oleh pucuk pimpinan GRS dengan mengatakan perkara itu bukan suatu yang baharu dan mengejutkan dalam politik, beliau percaya nasihat dan teguran rakan komponen juga akan diendahkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles