KOTA KINABALU: Ketua Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Kudat Gundohing Richard Mazagi menyambut baik langkah kerajaan Madani menaikkan amaun pemberian khas kepada Sabah kepada RM1.5 bilion.
Bagaimanapun, beliau berharap kenaikan itu tidak dijadikan alasan menangguhkan pelaksanaan hak Sabah ke ataa 40 peratus hasil dari negeri ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63.
“Janji pelaksanaan 40% pada Jun/Disember 2026 perlu ditunaikan dan bukan sekadar janji manis menjelang pilihanraya. umum,”
katanya.
Richard berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan geran khas interim bagi Sabah kepada RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu dimuktamadkan seperti dalam MA63.
Menurutnya rakyat sabah menilai ketelusan Perdana Menteri dalam melontarkan kata janji dan rakyat akan memberi markah sesuai dengan ketepatan janji yang telah dilafazkan.
