BN dan PH Sabah “berpisah tiada” untuk hadapi PRN Sabah?

KOTA KINABALU: Selepas setahun “berkahwin” dalam arena politik, hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan harapan (PH) kini semakin intim, khususnya di peringkat kerajaan Persekutuan.

Advertisements

Bak kata pepatah orang lama, BN dan PH berpisah tiada.

Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung atau peringkat Persekutuan, senario hubungan politik antara BN dan PH di Sabah pada ketika ini jauh berbeza.

Di Sabah, PH dan GRS memegang tampuk pemerintahan negeri manakala BN berada di blok pembangkang bersama Warisan, KDM dan beberapa parti lain. Meskipun begitu beberapa ADUN yang menang atas tiket BN kini menganggotai kerajaan Sabah.

Kini ramai yang tertanya-tanya sama ada BN dan PH Sabah akan bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang? Dan siapa regu yang bakal
bersama BN/PH?

Menurut penulis buku dan penganalisis politik tempatan Musli Oli, terdapat dua kemungkinan yang bakal berlaku menjelang PRN yang mungkin diadakan lebih awal seperti yang dibayangkan oleh Ketua Menteri baru-baru ini.

Senario pertama mungkin menyaksikan secara pakej BN/PH akan bekerjasama dengan GRS dan senario kedua berkemungkinan BN/PH akan bergabung dengan Warisan, KDM dan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRN.

“Saya melihat kedua-dua pilihan ini akan meletakkan BN/PH dalam dilema.

“Jika memilih bersama GRS pastinya akan menimbulkan masalah pembahagian kerusi dan jika BN/PH bergabung dengan Warisan dan KDM, ia berdepan jentera GRS sebagai parti pemerintah yang cukup kuat dan mantap,” katanya kepada Jesselton Times.

Musli berkata Sabah terkenal dengan keadaan politik yang dinamik dan sukar diramal serta boleh berubah meskipun di saat-saat terakhir.

“Meskipun begitu, saya berpendapat pucuk pimpinan BN dan PH di peringkat Pusat pastinya tidak mahu melihat apalagi merestui pertembungan sesama sendiri antara BN dan PH yang menjadi tunjang kerajaan. Sebaliknya ingin mengeratkan Kerajaan Perpaduan mendepani PN pada PRU akan datang,” tegasnya.

Tambah beliau, BN/PH mungkin akan mengambil kira sentimen rakyat terlebih dahulu sebelum menentukan hala tuju politik menjelang PRN Sabah akan datang.

Beliau berkata sementara menunggu PRN, sebaiknya BN Sabah berpegang kepada ketetapan BN pusat yang dibuat 23 Feb lepas menyokong dan mendukung kerajaan Perpaduan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Musli berkata memandangkan PH berada dalam barisan kerajaan Perpaduan Sabah, BN juga wajar memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan negeri sedia ada demi kesinambungan pembangunan dan kebaikan rakyat, sekali gus merealisasikan wawasan “Sabah Maju Jaya”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles