Pendedahan curi ahli sesama gabungan bukti wujud sindiket tidak bermoral dan berintegriti parti GRS

KOTA KINABALU: Pendedahan yang dibuat Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Haji Ruslan Muhaharam mengenai tindakan beberapa parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencuri ahli sesama dalam gabungan membuktikan sindiket tidak bermoral dan berintegeriti itu benar-benar wujud.

Advertisements

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata perkara tersebut memang tidak dapat disangkal, malah UMNO adalah parti yang menjadi mangsa kecurian ahli-ahlinya sejak Parti Priibumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) mengembangkan sayapnya ke Sabah ramai ahli-ahli UMNO tanpa sedar nama mereka telah didaftarkan menjadi ahli parti tersebut.

Menurut Suhaimi kenapa perkara ini berlaku kebanyakan mereka yang menyertai Bersatu adalah dari kalangan pemimpin UMNO dan apabila terdesak mencari ahli untuk membuka cawangan dan bahagian jalan mudah ialah mencuri senarai ahli-ahli UMNO yang sedia ada yang lengkap dengan no kad penganalan dan Alamat untuk didaftarkan menjadi ahli parti mereka.

Tambah Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran perkara ini berlarutan sehingga GRS ditubuhkan kerana Pemimpin yang lompat melompat parti ini ,asalnya dari UMNO ,Bersatu dan Kemudian ke parti GRS

“UMNO termasuk PBS merupakan sebuah parti yang telah berakar umbi (establish) dan merupakan sebuah organisasi parti yang lengkap ini termasuklah daftar keahlianya yang tersusun memudahkan sindiket mencuri keahlian , berbanding dengan GRS parti yang baru setahun jangung yang sememangnya sukar mencari ahli ,justeru jalan mudah mencuri keahlian parti lain untuk didaftarkan menjadi ahli parti mereka,” jelas Suhaimi.

Suhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Media Haji Ruslan yang juga Ketua PBS Bahagian Lumadan yang meminta tindakan beberapa parti dalam Gabungan Rakyar Sabah (GRS) agar berhenti merampas anggota parti dalam kompenan yang dianggap tidak menghormati semangat setia kawan.

Menurut beliau tindakan tersebut telah berlaku dan boleh menyebabkan perpecahan dalam GRS

Beliau mendakwa tindakan itu juga turut melibatkan perbuatan “merasuah” ahli parti lain terutama ketua cawangan dengan jawatan untuk menarik mereka

Suhaimi turut mengakui wujud perbuatan merasuah kepada ahli-ahli UMNO agar menyertai GRS dengan menjanjikan pelbagai imbuhan termasuk jawatan, malahan mana-mana ahli UMNO yang sebelum ini berjawatan lantikan politik dan enggan menyertai GRS jawatan mereka akan dilucutkan.

“Perkara ini berlaku hampir di seluruh kawasan DUN bagi ahli-ahli UMNO yang setia dan enggan menyertai GRS mereka telah pun dipecat dari jawatan yang mereka sandang sebelum ini dan digantikan dengan pemimpin atau ahli GRS,” jelas Suhiami.

Ketika diminta mengulas kenyataan ketua Bahagian GRS Lumadan Mazlan Joehari Manan masalah seperti itu boleh dielakkan sekiranya ahli bersikap telus mengenai status keahlian mereka , Suhaimi berkata ini bukan soal ketelusan ahli tapi soal pemimpin GRS yang tidak telus dan mencuri nama ahli diluar pengetahuan mereka untuk didaftarkan menjadi ahli GRS

“Mereka sendiri memang tahu parti mana yang mereka sertai , namun diluar sedar mereka tanpa mengisi borang keahlian ,nama mereka sudah ada dalam senarai ahli GRS , ini sudah tentu dilakukan oleh pemimpin parti GRS yang berkepentingan” jelas Suhiami

Kecewa dengan perbuatan ini, Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, perubuatan mereka ini tidak bermoral, tiada integriti serta telah hilang keyakinan dalam perjuangan.

Menurut Suhaimi mengikut data Suruhanjaya Pilihanraya Sabah sekitar 1.8 juta layak mengundi dan yang mendaftar sebagai ahli parti sekitar 800 ribu orang, membuktikan masih ramai yang belum menjadi ahli mana-mana parti yang seharusnya disasrkan oleh GRS utnuk menyertai parti mereka bukannya mengambil jalan mudah mencuri ahli parti lain untuk didaftarkan menjadi ahli mereka .

“ Ini juga membuktikan bahawa parti setahun jagung GRS tidak mendapat sokongan dari rakyat terutamanya anak-anak muda disebabkan kepimpinan yang ada adalah dari kalangan pemimpin yang suka melompat parti dengan halatuju perjuangan yang tidak jelas menyebabkan keyakinan rakyat menyertai parti mereka hambar,” tambah Suhaimi.

Pendedahan curi ahli sesama gabungan bukti wujud sindiket tidak bermoral dan berintegriti parti GRSm

Related Articles

253FansLike

Latest Articles