Usaha naiktaraf prasarana sekolah luar bandar perlu dipertingkatkan -Zulkhairi

PAPAR : Pencapaian cemerlang pelajar pedalaman dan luar bandar di negeri ini dalam beberapa peperiksaan penting, termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) bukan sahaja membuktikan kemampuan mereka tetapi juga memberi isyarat tentang perlunya prasarana sekolah di kawasan itu dinaik taraf.

Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah Zulkhairi Haji Ismail berkata, perkembangan positif itu adalah sesuatu yang amat membanggakan dan perlu disokong oleh semua pihak tanpa bergantung sepenuhnya kepada usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan

Walaupun dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan katanya, pelajar terbabit membuktikan mereka mampu berdepan dengan pelbagai halangan untuk menjadi insan cemerlang dalam bidang akademik.

“Ini juga menjadi dorongan kepada agensi kementerian tertentu termasuk sektor koprat dan swasta agar memberi perhatian supaya sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman disegerakan proses baikpulihnya termasuk bantuan-bantuan yang boleh membantu Masyarakat luar bandar terutamanya golongan B40.

“Usaha segera ini, pasti akan memberi lebih dorongan dan semangat kepada pelajar luar bandar untuk menghasilkan keputusan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pada program Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) dan penyerahan Skim Bantuan Khas (SBK) Yayasan Sabah kepada seramai lebih 100 orang pelajar di Sk Mandalipau, Sk Kogopon dan Sk Kaiduan dekat sini baru-baru ini.

Program tersebut dirasmikan oleh wakil Rakyat kawasan Limbaharu Datuk Juil Nuatim dan turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Papar Suzlan Suhaili serta pegawai pegawai dari Kumpulan Yayasan Sabah.

Menurut Zulkhairi Yayasan Sabah melalui tanggungjawab sosialnya akan terus melaksanakan tanggungjawabnya untuk membantu menjana sektor Pendidikan di negeri ini bukan sahaja menyediakan biasiswa dan pinjaman untuk pelajar cemerlang meneruskan penganjian ke Menara ganding namun bagi pelajar kurang berkemampuan terutamanya di luar bandar turut dibantu dengan bantuan bantuan peralatan Pendidikan sebagai satu usaha untuk meransang dan meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akdemik.

Tambah beliau bagi merealisasikan gagasan “ Sabah Maju Jaya” sektor Pendidikan merupakan salah satu tunjuang utama dalam Pembangunan sosial negeri.

Katanya pengabaian dalam soal Pendidikan bererti mengabaikan kebajikan Masyarakat dan menjejaskan Pembangunan sebuah negara.

Sehubungan dengan itu menurut beliau kolabrasi semua pihak bagi membantu Kerajaan dalam menjana sektor Pendidikan di negeri ini amat diperlukan dimana kerjasama ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan untuk membangunkan modal insan” minda kelas pertama” pada masa akan datang.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada guru-guru di luar bandar yang berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya mengajar dalam keadaan sekolah serba kekurangan dan kemudahan penginapan guru yang usang.

“Tetapi mereka tetap gigih dan berazam melahirkan anak-anak desa yang berprestasi tinggi dalam pendidikan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles